LAZBEAUTY OLEH LAZADA MEMIKAT HATI 18,000 PEMINAT KECANTIKAN DI KL INTERNATIONAL BEAUTY WEEK


KL International Beauty Week (KLIBW) 2023, yang dianjurkan oleh LazBeauty by Lazada dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB) atau lebih dikenali sebagai Tourism Malaysia telah membawakan barisan produk kecantikan yang terbaik kepada hampir 18,000 peminat kecantikan, pencipta kandungan, wakil media kecantikan dan gaya hidup, serta selebriti VIP, termasuk Duta Jenama Lazada, Nora Danish dan Anna Jobling, bersama Marion Caunter, Amber Chia dan ramai lagi. Lebih 150 jenama antarabangsa dan tempatan yang ditampilkan sepanjang acara dua hari tersebut di Mid Valley Exhibition Center (MVEC) telah memikat hati para pengunjung dengan pengalaman O2O (online to offline), dan juga secara dalam talian melalui LazBeauty - destinasi dalam aplikasi Lazada untuk produk kecantikan segalanya.

Irene Cheah, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia telah menyampaikan sepatah dua kata di acara tersebut dengan berkongsi, “Lazada berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi rasmi KL International Beauty Week dan kerjasama ini dapat menghasilkan peluang yang terbaik untuk kami mendekati ahli LazBeauty Club dan bakal pelanggan sambil mempamerkan produk kecantikan daripada rakan-rakan kongsi jenama rasmi LazMall yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Acara istimewa ini bertujuan untuk membawa bersama-sama komuniti peminat kecantikan dan memperkasakan orang ramai untuk merangkul kecantikan dan gaya unik tersendiri dengan tersedianya inspirasi kecantikan, aktiviti interaktif, dan barisan produk pilihan LazBeauty. Bagi pihak Lazada Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi jenama LazMall serta para penaja atas kerjasama dengan LazBeauty untuk KLIBW.”

Dengan itu, Lazada juga sedang merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian bagi peminat kecantikan dengan menggunakan alat-alat dan ciri-diri dalam aplikasi yang dikuasakan oleh artificial intelligence (AI) dan realiti tambahan (AR) seperti My Beauty Profile, Skin Test dan Virtual Try-On. Ciri-ciri ini membolehkan pengguna mencari produk kecantikan yang sesuai dengan jenis kulit dan kebimbangan mereka. Lazada juga menawarkan pilihan Try & Buy yang membolehkan pengguna untuk mencuba produk dalam saiz sampel sebelum membeli saiz penuh.

Selain itu, rakan jenama kecantikan Lazada yang menyertai KLIBW 2023 mengalami peningkatan jualan yang ketara sehingga 2 kali ganda sepanjang acara tersebut. Terdapat lebih banyak jenama yang mencatatkan peningkatan dalam saiz bakul serta keterlihatan jenama yang lebih besar dan kadar penglibatan yang lebih tinggi, hasil penebusan baucar LazBeauty, diskaun istimewa, hadiah dengan pembelian dan aktiviti di lapangan oleh rakan kongsi jenama antarabangsa dan tempatan LazMall seperti; Beauty of Joseon, Kate Tokyo, Hada Labo, Allie & Suisai, Clef Skincare, Mikaseries, Laifen Beauty, The Colorist, Lavojoy, Cosmoderm, YOU Beauty, Emina Cosmetics, Handmade Heroes dan banyak lagi.

Selama berlangsungnya acara tersebut pada 18 dan 19 November 2023, peminat kecantikan telah berpeluang untuk berinteraksi dengan jenama penjagaan kulit dan kosmetik kegemaran mereka -- termasuk cabutan bertuah dan sesi dengan pakar kecantikan. Salah satu sorotan utama acara tersebut ialah The Beauty Stage di mana para pengunjung dapat bertemu dengan selebriti dan model terkenal sambil memperoleh rahsia kecantikan dan mengambil bahagian dalam demonstrasi solekan dan bengkel penjagaan kulit yang dikendalikan oleh Kate Tokyo, Allie, Artisan Professionel, Sarra Brows, Shero Global dan RC Clinic. Tambahan pula, 400 pengunjung pertama juga telah mendapatkan Beauty Passport yang eksklusif dan mengumpulkan sekurang-kurangnya enam setem yang melayakkan mereka untuk memenangi hadiah menarik. Sementara itu, pencipta kandungan digital dan peminat kecantikan juga berpeluang untuk mengambil gambar di ruang foto bertema untuk disiarkan di media sosial mereka yang menggalakkan lagi keterujaan acara.

Bagi peminat kecantikan yang terlepas peluang untuk menghadiri acara KLIBW, jangan risau! Sila klik pada pautan ini atau imbas kod QR di bawah untuk melayari LazBeauty untuk menemui inspirasi kecantikan, produk penjagaan kulit dan kosmetik mewah yang diidamkan, dan produk kecantikan mampu milik daripada pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan yang semuanya tersedia dengan mudah di aplikasi Lazada.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM