HADIAHKAN KUASA LUAR BIASA MENERUSI LEGO PLAY DI LEGO SANTA'S SUPERPOWER CHRISTMAS COVE


Sempena musim cuti ini, The LEGO Group bakal menyambut musim perayaan dengan menggalakkan pemberian hadiah kuasa luar biasa menerusi LEGO Play. Pengembaraan menyeronokkan menanti seisi keluarga sambil mereka menikmati pengalaman hadiah kuasa luar biasa menerusi LEGO Play di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur dari 7 hingga 17 Disember. 

Sempena musim pemberian ini, The LEGO Group juga akan melancarkan inisiatif Bina untuk Derma (Build to Give atau BTG) yang sulung di Malaysia, dan akan bekerjasama dengan badan-badan amal untuk menyebarkan kuasa luar biasa bermain bagi menyokong kanak-kanak yang memerlukan permainan dengan membina jantung menggunakan bata permainan LEGO dan berkongsi kemeriahan di acara tersebut. Untuk setiap jantung LEGO yang dibina, The LEGO Group akan menyumbang satu set LEGO kepada seorang kanak-kanak yang menghuni di rumah-rumah amal yang terpilih. Mulai 1 November, para pembeli juga boleh menikmati diskaun eksklusif bagi set LEGO tertentu di kedai dan juga dalam talian, dalam usaha menggalakkan pembeli untuk menghadiahkan kuasa luar biasa pada musim cuti ini menerusi LEGO Play.

Pakar-pakar permainan mendapati bahawa aktiviti bermain ialah aspek penting dalam perkembangan setiap kanak-kanak, yang membolehkan mereka membangunkan ‘superpower’ atau kuasa luar biasa dan kemahiran kognitif yang membawa manfaat kepada mereka pada masa kini dan masa depan. Tumpuan terhadap kuasa luar biasa yang dipelajari menerusi aktiviti bermain pada musim Krismas ini adalah berasaskan hasil kajian terbaharu oleh The LEGO Group yang mendapati bahawa 85% daripada para ibu bapa yang ditinjau selidik di Malaysia menganggap aktiviti bermain sebagai berguna untuk membangunkan kemahiran dan keupayaan anak-anak mereka. Seramai 41% daripada para ibu bapa yang ditinjau selidik juga mendapati kemahiran tersebut penting demi kesejahteraan dan kejayaan masa depan anak-anak mereka. 


Kesedaran terhadap kepentingan aktiviti bermain dalam perkembangan kanak-kanak dan kesannya kepada masa depan telah mengukuhkan penekanan The LEGO Group terhadap kepentingan menyediakan masa bermain yang secukupnya bagi kanak-kanak, menerusi aktiviti berfaedah dan pengalaman yang memberikan mereka ‘kuasa luar biasa’ atau kemahiran yang membolehkan mereka mengejar kejayaan dalam kehidupan. Dengan menganjurkan siri aktiviti yang menekankan manfaat bermain, The LEGO Santa’s Superpower Christmas Cove memberi peluang yang hebat dan menarik untuk seisi keluarga menikmati kuasa luar biasa LEGO Play pada musim cuti ini.

Rohan Mathur, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, The LEGO Group berkata, “The LEGO Group sememangnya percaya bahawa aktiviti bermain merupakan aspek teras dalam perkembangan kanak-kanak, dan kami percaya aktiviti bermain adalah satu kemahiran penting yang perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Pada musim Krismas ini, kami teruja untuk berkongsi hadiah bermain dengan lebih ramai kanak-kanak dan memperkasakan mereka dengan kemahiran yang boleh mengilhamkan mereka meneroka segala kemungkinan dalam dunia imaginasi dan kehidupan menerusi LEGO Play. Dengan mengalami kuasa luar biasa aktiviti bermain bersama kami pada musim cuti ini, kami berharap untuk mendorong lebih ramai kanak-kanak untuk mencipta kenangan indah yang berkekalan dan menguasai kemahiran luar biasa yang boleh dimanfaatkan sepanjang hayat.”


Alami kuasa luar biasa aktiviti bermain di The LEGO Santa’s Superpower Christmas Cove

Dengan kerjasama Sunway Malls, pusat beli-belah tersebut akan diubah menjadi medan kuasa luar biasa sempena sambutan Krismas dengan pelbagai peluang dan aktiviti untuk kanak-kanak meneroka bermacam-macam kuasa luar biasa.

Untuk memulakan pengembaraan, setiap peserta akan diberikan kad misi untuk melengkapkan siri aktiviti di setiap stesen dan membantu Santa dan angkatan Elf bersiap-sedia bagi musim Krismas dengan mencari hadiah-hadiah yang hilang. Daripada menyelamatkan hadiah Santa yang terjatuh menggunakan kuasa luar biasa ketangkasan kepada menguji kuasa luar biasa ketajaman minda masing-masing di diorama Perkampungan Krismas, seisi keluarga boleh turut serta dalam cabaran bertema dan menebus Figura Mini Santa eksklusif, selagi stok masih ada. Dengan pelbagai aktiviti yang menarik, peserta boleh menguji pelbagai kuasa besar dan menghayati bagaimana LEGO Play boleh mengasah segala kemahiran yang diuji, seperti koordinasi, tumpuan dan perhatian kepada butiran kecil.

Untuk menikmati kemeriahan sambutan Krismas, para pengunjung boleh menyaksikan kemunculan khas dan mengambil gambar dengan maskot LEGO Santa pada waktu yang ditetapkan pada hujung minggu ini.

Loo Hoey Theen, Pengurus Besar Pemasaran, Inovasi Perniagaan & eMall di Sunway Malls berkata, “Sunway Malls teruja untuk berganding bahu dengan The LEGO Group untuk menyambut perayaan pada tahun ini, dengan menghimpunkan seisi keluarga sempena musim perayaan dalam satu acara yang menarik dan bermakna. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan The LEGO Group untuk berkongsi hadiah aktiviti bermain dengan lebih ramai kanak-kanak dan keluarga pada tahun ini, dan kami bangga untuk peluang membantu kanak-kanak mencipta kenangan manis dan pengalaman baharu semasa bermain sempena Krismas ini.”


Untuk pengalaman memberi hadiah Krismas yang menarik, The LEGO Group telah menghimpunkan pelbagai set LEGO utamanya berasaskan tema seperti LEGO City, LEGO Disney dan LEGO Friends untuk membantu kanak-kanak meneroka kuasa luar biasa aktiviti bermain pada Krismas ini.

Untuk memeriahkan sambutan musim ini, The LEGO Group akan menawarkan diskaun 20% bagi 10 Set Krismas Utama bagi dewasa di semua saluran runcit dan diskaun 20% bagi 10 Set Krismas utama bagi kanak-kanak di semua saluran runcit dari 1 November hingga 31 Disember.

Di samping itu, anda juga boleh membeli hadiah-hadiah Krismas di Sunway Malls pada tarikh acara untuk menerima Cenderahati Krismas 4-dalam-1 eksklusif dengan pembelian minimum RM249, selagi stok masih ada.

Kongsi hadiah yang menyerlahkan kuasa luar biasa dengan orang-orang tersayang pada musim Krismas ini menerusi LEGO Play!

Layari laman LEGO Malaysia untuk maklumat lanjut, dan menikmatilah tawaran dan promosi terbaharu. Beli set LEGO di semua Gedung Sah LEGO.

Comments

Popular posts from this blog

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM

VAKSIN DENGGI QDENGA® TAKEDA DILANCARKAN DI MALAYSIA BAGI KEGUNAAN INDIVIDU BERUSIA 4 TAHUN DAN KE ATAS

SAMBUTAN PERTENGAHAN TAHUN ESLITE SPECTRUM 2024 - ESLITE GĀ LÁ BERMULA 12 JUN!