PAMERAN 'B★VERSE': BTS MENJELAJAH DUNIA DENGAN HENTIAN EKSKLUSIF DI MALAYSIA


Perhatian kepada BTS ARMY! Pameran 'B★VERSE' (BTS, Singing the Stars) yang sangat dinanti-nantikan akan membuat hentian yang pertama di dunia di Pavilion Bukit Jalil bermula 1 Disember hingga 10 Mac 2024. Dianjurkan oleh THE FACT MUSIC AWARDS dan direka oleh APOLLON STUDIO, 'B★VERSE' bukan sekadar pameran; ia menceritakan perjalanan BTS yang penuh memori dari 2020 hingga 2022, yang diinspirasikan daripada 'THE FACT BTS PHOTOBOOK SPECIAL EDITION' yang mengandungi pelbagai gambar sempena penampilan mereka di THE FACT MUSIC AWARDS 2020.

Pameran ini akan membawa pengunjung ke lapan sesi yang eksklusif di mana setiap satu akan menawarkan visual dan aktiviti yang istimewa, termasuk Bilik VR, Terowong Orbital, BTS Universe, 7 Planets, ARMY Way, Pemetaan Unjuran Imersif, Produk BTS, dan Zon Foto. Kedua-dua Bilik VR dan Pemetaan Unjuran Imersif dilengkapi dengan sistem audio seperti konsert untuk mendengarkan lagu-lagu popular BTS untuk pengalaman yang lagi mengasyikkan. Manakala 7 Planets menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain di mana setiap bilik mewakili setiap ahli BTS, dan pengunjung berpeluang untuk meneroka dunia dan ekspresi artistik setiap ahli, serta bagaimana keperibadian mereka menyumbang kepada identiti kolektif kumpulan.

Berikutan pengumuman yang dibuat baru-baru ini oleh Seni Jaya Media Utama Sdn Bhd (SJMU), anak syarikat Seni Jaya Corporation Berhad, pemilik rasmi harta intelek Pameran 'B★VERSE' di Malaysia dan Singapura, Encik Jeff Cheah See Heong, Ketua Pegawai Eksekutif Seni Jaya Corporation Berhad menyatakan keterujaan beliau untuk membawakan pengalaman yang unik ini kepada rakyat Malaysia, terutamanya peminat BTS, dan bahawa langkah ini menandakan komitmen mereka untuk membina kehadiran dalam industri hiburan imersif.

“Kami sangat teruja untuk menyaksikan bagaimana Pameran 'B★VERSE' ini dapat memikat hati peminat BTS di Malaysia. Perjalanan unik melalui BTS Universe menjanjikan pengalaman yang menakjubkan, dan kami berbesar hati untuk membawakan pengalaman luar biasa ini ke landskap budaya tempatan,” kata Encik Cheah di pelancaran Pameran B★VERSE'.

Jualan tiket pameran ini telah mendapat sambutan hangat dan peminat daripada semua peringkat umur sedang berebut untuk mendapatkan tiket mereka. Oleh itu, jangan tertunggu-tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang untuk menikmati pengalaman yang tidak akan dilupakan! Kini tersedia di ejen tiket rasmi, Ticket2u, para peminat boleh mendapatkan tiket untuk melangkah masuk ke BTS Universe pada harga serendah RM88 untuk tiket normal hari minggu dan RM98 untuk tiket normal hujung minggu. Harga eksklusif ini hanya terpakai sepanjang tempoh promosi dari 1 Disember 2023 sehingga 17 Disember 2023.

Selain itu, peminat yang membeli tiket pameran juga akan menerima hadiah percuma termasuk Ziplock pouch, lencana bintang ARMY yang dikendalikan bateri, dan kad foto yang dipilih secara rawak. Untuk menyempurnakan lagi pengalaman B★VERSE, para ARMY juga boleh membeli produk edisi terhad di pameran tersebut, seperti Fail BTS, Poskad BTS, Kalendar 2024, Risalah, Beg Tote dan Kemeja-T.


Untuk maklumat lanjut, kemas kini, atau untuk menyertai sambutan ARMY, sila layari:

Laman Web Rasmi Seni Jaya: https://www.senijayacorp.com/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN