SKYLINE LUGE KUALA LUMPUR BUKA KEPADA ORANG RAMAI DENGAN PRA-PELANCARAN PADA 9 DISEMBER
Setelah lama dinanti-nantikan, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga, berbesar hati untuk mengumumkan pra-pembukaan kepada orang ramai bermula dari 9 Disember! Hab hiburan seluas 50 ekar itu terletak di Gamuda Luge Gardens, iaitu di tengah-tengah koridor kemajuan utara Lembah Klang. Sebagai tambahan terbaharu kepada landskap hiburan bandar, ia menjanjikan pengembaraan yang sukar dilupakan untuk para pengunjung dari segenap lapisan umur.
Skyline Luge diasaskan di New Zealand pada tahun 1985, dan Skyline Luge Kuala Lumpur merupakan yang pertama di Malaysia, serta tapak Luge yang kelapan di seluruh dunia dan yang kedua di Asia Tenggara. Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres, yang setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter. Ciri keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang disirami lampu LED bergerak yang penuh keajaiban.
Alamilah Night Luge, satu pengalaman unik dengan trek bermandikan warna-warni pada waktu malam. Skyline Luge adalah mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur, sekali gus menyediakan satu aktiviti ideal untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga. Selain itu, tingkatkan pengalaman anda dengan helmet RFID bebas tangan, bagi merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.
“Skyline Luge sentiasa di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman yang inovatif dan hebat. Jadi, kehadiran kami dalam landskap hiburan di Malaysia akan membuka satu lembaran yang mengujakan bagi kami. Taman aktiviti Kuala Lumpur kami menampilkan terowong terpanjang yang pernah dibina, sekali gus menetapkan piawaian baharu untuk para pencari keseronokan! Saya sangat teruja untuk memperkenalkan pengembaraan baharu ini kepada rakyat Malaysia. Ia menjanjikan pengalaman menakjubkan dan sukar ditandingi, yang sudah tentu akan menjadi kemuncak dalam kemeriahan landskap Kuala Lumpur,” kongsi Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes.
Harga Skyline Luge KL adalah seperti berikut:
Penerangan |
Harga |
Five Luge Rides + Skyride |
RM80.00 |
Four Luge Rides + Skyride |
RM70.00 |
Three Luge Rides + Skyride |
RM60.00 |
Two Luge Rides + Skyride |
RM50.00 |
Child Doubling (Untuk kanak-kanak
antara 85cm – 110 cm di bawah umur 6 tahun sahaja) |
RM25.00 |
Skyride Return (Jualan secara eksklusif di kaunter SAHAJA) |
RM20.00 |
*Tiket kombo hanya dipakai untuk kegunaan individu dan tidak boleh
dipindah milik.
Terdapat had umur atau ketinggian untuk kanak-kanak yang ingin menunggang Luge secara solo. Tetamu mesti sekurang-kurangnya 110cm tinggi untuk menunggang Luge secara bersendirian. Jika tidak, mereka dengan ketinggian 85cm – 110cm boleh berkongsi Luge dengan seorang dewasa. Bagi Skyride (chairlift), tetamu yang melebihi 136cm boleh menaiki Skyride secara bersendirian, manakala penunggang antara 85cm – 135cm perlu ditemani orang dewasa.
Waktu operasi rasmi adalah seperti berikut:
Hari |
Waktu Operasi |
Khamis hingga Selasa |
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 6 petang |
Jumaat, Sabtu, dan
Ahad |
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam |
Rabu |
TUTUP (kecuali pada cuti umum dan sekolah) |
Selain menjadi tambahan penting kepada pembangunan Gamuda Gardens, Skyline Luge juga menjanjikan keriangan untuk semua, tidak kira para pencinta pengembaraan ataupun seisi keluarga. Dalam suasana meriah yang dikelilingi pelbagai tarikan Gamuda Luge Gardens, pengunjung bukan sahaja dapat mengalami keseronokan Luge yang memacu adrenalin, tetapi juga tarikan FunPark yang mesra keluarga, serta Big Bucket Splash, tarikan permainan air yang menyeronokkan. Ketiga-tiga tarikan hebat ini akan mengesahkan status Gamuda Luge Gardens sebagai satu destinasi terulung yang menyatukan pengembaraan, hiburan dan keseronokan yang tiada bandingan untuk semua peringkat umur.
Comments
Post a Comment