KERIANGAN 'CHRISTMAS IN GARDENSVILLE' DI THE GARDENS MALL


The Gardens Mall meraikan perayaan Krismas ini dengan tema 'CHRISTMAS IN GARDENSVILLE' yang menampilkan hiasan perkampungan kecil musim Krismas yang lengkap dengan kedai-kedai kecil yang menjual hiasan Krismas, mainan, bunga dan coklat! 


Tarikan utama di Gardensville adalah Roda Ferris setinggi 25 kaki di ruang legar pusat membeli-belah dengan penumpang-penumpang comel - beruang teddy. Semuanya dihias indah dengan suasana Krismas.

Dapatkan inspirasi hadiah Krismas dari kedai pop-up CÉLINE dan COACH Holiday di Tingkat Bawah.  


Hadiah untuk anda!

Dapatkan set eksklusif mangkuk salad kayu apabila anda berbelanja RM1,500 (RM1,300 untuk pemegang kad kredit Standard Chartered atau ahli kelab Gardens) dan ke atas dalam satu resit* di mana-mana kedai terpilih. *Terhad kepada 200 penebusan setiap hari. 


A Very Merry Christmas

Nikmati suasana perayaan Krismas dengan lagu-lagu klasik Krismas yang berkumandang di udara. Bersua dengan dan bergambar dengan Santa and Ms Claus di hujung minggu dan saksikan persembahan tarian Gardensville Waltz yang menghiburkan.

Pelbagai acara lain seperti persembahan muzikal Merry Band dan The Jolly Trio setiap hujung minggu di bulan Disember.



Jadual persembahan Krismas*
● Santa and Ms Claus Meet ‘n’ Greet: 1.30pm & 5.30pm: 2, 3, 9, 10, 16, 17, 23, 24, 25 December
● The Jolly Trio : 3.30pm: 2, 9, 16, 17, 23 December
● The Merry Band : 3.30pm: 3, 10, 17, 24, 25 December
● The Gardensville Waltz : 4.30pm: 2, 3, 9, 10, 16, 17, 23, 24, 25 December

*Acara tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal


Perkhidmatan Pos Gardensville

Rindukan zaman dahulu di mana anda menghantar dan menerima kod ucapan Krismas? Jom ke Gardensville Postal Service di South Palm, Tingkat Bawah. Dari 22 November - 25 Disember, anda hanya perlu menderma RM5 kepada Beautiful Gate Foundation for the Disabled untuk mendapatkan poskad eksklusif Gardensville. Tuliskan ucapan Krismas anda kepada sesiapa sahaja dan Gardensville Postal Service akan menghantarkan poskad ucapan anda kepada mereka, tanpa mengira alamat tempatan atau antarabangsa.

Ganjaran Media Sosial Krismas

Muat naik gambar atau video pendek yang di ambil di Gardensville dan lengkapkan ayat “Celebrating Christmas in Gardensville is ___.” untuk peluang memenangi Laneige Perfect Renew Starter Kit & Cleansing Trial Kit dan baucer makanan.
vouchers.

Ikuti kemas kini di #tgmxmas2023 atau lawati Instagram The Gardens Mall dan layari  https://www.instagram.com/thegardensmallmy/.

Comments

Popular posts from this blog

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA