INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA MENGANJURKAN PROGRAM “TREASURE HUNT” XPDC INTEGRITI 2023


Institut Integriti Malaysia akan menganjurkan sebuah program dikenali sebagai XPDC Integriti 2023 pada 9 Disember 2023 di Putrajaya. XPDC Integriti 2023 akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Nor Yahati Binti Awang, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia di Astaka Dataran Wawasan, Putrajaya. 

Program ini berkonsepkan “Treasure Hunt” dan “Amazing Race” yang akan disertai oleh 147 peserta terdiri daripada pengamal media serta kakitangan agensi kerajaan. Para peserta akan membentuk kumpulan masing-masing yang terdiri daripada tiga atau empat orang. Setiap kumpulan akan bergerak menggunakan kereta ke destinasi-destinasi tertentu di sekeliling Putrajaya bagi menjayakan misi pertandingan ini. 

Sesi pelepasan peserta yang terdiri daripada 40 kumpulan akan dilakukan di hadapan Astaka Dataran Wawasan pada jam 9:30 pagi. Antara hadiah yang berpeluang untuk dimenangi oleh para peserta adalah wang tunai sebanyak RM3,000 untuk kumpulan yang memenangi tempat pertama; RM2,000 untuk tempat kedua; dan RM1,000 untuk tempat ketiga. 

Setiap kumpulan yang meraih tempat keempat dan kelima pula akan mendapat RM500, sementara kumpulan-kumpulan yang mendapat tempat keenam hingga kesepuluh akan mendapat RM200 setiap satu. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai integriti di kalangan kakitangan agensi kerajaan dan masyarakat umum, disampaikan dalam bentuk permainan dan teka-teki secara menyeronokkan agar mudah diterapkan dalam kehidupan harian. 

Pihak Perbadanan Putrajaya juga turut bekerjasama dengan Institut Integriti Malaysia bagi menjayakan program ini.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM