“CEMPAKA MELATI”, DRAMA ADAPTASI NOVEL PERTAMA BUKA TIRAI 2024 DI RTM


Drama adaptasi novel “Cempaka Melati” karya Zahida Zarkasi menjadi pembuka tirai pilihan drama terbaharu menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM). Drama 26 episod arahan Amirul Fadhli ini menggandingkan pelakon utama Sharifah Husna dan Azrel Ismail sebagai teraju utama. 

Turut menampilkan pelakon Eizlan Yusof, Zarynn Min, Dian P Ramlee, Kuza Muzani, Jasmin Hamid, Kay Maria juga Fathil Dani, ia disiarkan setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.00 malam di TV2 atau strim melalui RTMKlik. 

Plot kisahnya tentang Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh. Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. 

Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu. Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati. 

Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Melati putus dengan dia dulu. Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff. 

Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan- kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati. Sejarah hidup Melati turut menjadi perhatian hingga membuatkannya terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya. 

Melati berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan. 

Mampukah Melati menerima segala kebenaran yang terbongkar?

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM