KOLEKSI PUMA 'CELEBRATE A YEAR OF BE龙 ONGING' BAKAL DILANCARKAN PADA 8 JANUARI 2024


Dengan sumber inspirasi daripada budaya dan warisan Cina, PUMA bersedia untuk memperkenalkan Koleksi SS24 Tahun Baru Cina pada 8 Januari 2024 ini. Menggabungkan gaya sukan kontemporari dengan warisan nomad Tibet yang kaya, PUMA membawakan semangat naga dalam koleksi baharu ini sempena Tahun Naga dalam zodiak Cina.

Koleksi ini menampilkan simbol dan corak etnik budaya Tibet dengan DNA PUMA di mana logo seekor naga gaya Tibet membelit "P" bersama dengan sulaman halus perkataan PUMA berwarna merah terang untuk pakaian dan kasut dalam koleksi ini.




Koleksi eksklusif Tahun Baru Cina PUMA SS24 akan berada di pasaran mulai 8 Januari di semua cawangan JD Sports, kedai PUMA dan PUMA.com.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

SIPZZ BUKA KEDAI PERDANA PERTAMA DI MALAYSIA – TUMBLER WARNA-WARNI UNTUK GAYA HIDUP SIHAT

RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT KEPALA SUU BALM DENGAN FORMULASI PAKAR DERMATOLOGI UNTUK KESIHATAN KULIT KEPALA & RAMBUT