SYAZLUNA MENGORAK LANGKAH DALAM DUNIA HUBURAN DENGAN SINGLE PERTAMA 'CINTA TICKTOCK'
Cinta TickTock, merupakan “single” baharu nyanyian SyazLuna meceritakan kisah di antara dua orang yang saling tidak mengenali tidak pernah berjumpa, menemui satu sama lain, berbual, dan jatuh cinta melalui platform media sosial. Muzik yang “catchy” dan rancak diiringi lirik yang ekspresif namun mudah difahami akan menarik minat pendengar khususnya generasi muda.
Bermula sebagai hobi memuatnaik video nyanyian beliau sebagai “content” di TikTok. TikToker wanita muda ini kini memperoleh 64 ribu pengikut dan 1.4 juta “likes” di platform tersebut memulakan Langkah di tahun 2024 baharunya dan kerjayanya dalam bidang muzik dengan mengeluarkan “single” pertamanya bertajuk “Cinta TickTock ” yang akan dilancarkan dan tersedia untuk semua platform penstriman pada 9 Februari 2024.
Syazluna merupakan seorang penyanyi yang baru berkecimpung dalam industri nyanyian. Syazluna mula menyanyi di pentas pada usia 12 tahun dan beliau meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menonjolkan bakat beliau di media sosial seperti Instagram dan TikTok dan mendapat sambutan yang baik dari pihak 'Netizen'. Anak kelahiran selangor ini lahir daripada kedua ibu bapa yang cacat pendengaran dan percakapan, namun, itu bukanlah satu halangan yang membuat beliau untuk tidak meneruskan bakat yang beliau miliki dalam bidang nyanyian. Syazluna juga menyatakan bahawa penyayi terkenal tanah air Ernie Zakri sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Syazluna pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat yang lebih komersil melalui sebuah program TV astro iaitu "All Together Now" Musim Kedua. Walaupun beliau meminati genre 'Ballad' namun syazluna mengambil langkah yang baru untuk mencuba genre yang berbeza daripada minatnya dengan mempertaruhkan 'Cinta TickTock' sebagai single pertamanya yang berkonsepkan 'Pop" sesuai dengan citarasa anak muda zaman kini. 'Cinta TickTock' hasil karya komposer Mim Hamzah (Mimpi) dan liriknya ditulis oleh Mim Hamzah/Syko G mempunyai melodi yang sangat 'fresh' dan lirik yang sangat mudah difahami serta sesuai ditujukan untuk remaja pada zaman kini.
Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAP Music, Syazluna sangat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan single 'Cinta TickTock' khususnya pihak produksi. 'Cinta TickTock' akan dapat didengari melalui platform digital seperti YouTube, Spotify, Joox, dan banyak lagi.
Comments
Post a Comment