PERSEMBAHAN KEMUNCAK ‘DRAGON ODYSSEY’ TARIK PERHATIAN DI DA MEN USJ


Kempen Tahun Baru Cina 'Dragon Odyssey' DA MEN USJ, yang diadakan dari 12 Januari hingga 25 Februari 2024 sempena Tahun Baharu Cina memuncak dengan persembahan finale muzik Dragon Odyssey pada 24 Februari 2024. Kempen perayaan itu memanfaatkan simbolisme naga dan diinspirasi daripada cerita rakyat Malaysia yang memberi inspirasi kepada amalan perubahan iklim yang positif dan memupuk penglibatan komuniti Subang melalui seni bercerita.


Muzikal ‘Dragon Odyssey’ adalah produksi asli dengan kerjasama VR Drumming Academy yang menampilkan lebih 170 penghibur dan krew. Ditulis khusus untuk membangkitkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim, muzikal ini mendapat inspirasi daripada legenda Naga Seri Gumum (Naga Tasik Chini) dan kegemaran Cina, Nezha. Sempena kempen ini, pembeli-belah muda diberi peluang untuk menyertai bengkel seni dan kraf menggunakan bahan yang dikitar semula. Kraft berbentuk ikan digunakan untuk menarik minat penonton muda secara interaktif semasa muzikal, menjadikan semua orang sebahagian daripada persembahan.


Hiasan perayaan di tingkat bawah pusat beli-belah itu diilhamkan dengan konsep mistik dalam air yang mereplikasi kerajaan naga dalam kisah Nezha, sejurus menambahkan suasana pengalaman yang mempesonakan dan menggalakkan peluang bergambar dengan pembelinya.


Sebahagian daripada hiasan itu dibuat daripada bahan kitar semula, sejajar dengan komitmen DA MEN USJ untuk memacu sambutan perayaan yang mementingkan alam sekitar. Kempen 'Dragon Odyssey' meraikan perayaan tradisional tetapi juga mengambil langkah berani dalam mengutamakan naratif perubahan iklim, bertujuan untuk memperjuangkan kelestarian alam sekitar ini. Tong logam berbentuk ketam di pintu masuk utama tingkat bawah mengumpul penutup plastik dan botol yang akan dihantar ke hab kitar semula Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di USJ1, sejajar dengan misi kelestarian DA MEN USJ sebagai warga korporat yang bertanggungjawab di Subang.


Persembahan finale muzikal ini turut memeriahkan ruang legar pusat beli-belah, disertai oleh tetamu jemputan, ADUN Subang YB Michelle Ng, Datuk Wahab Khalil (Penasihat Da Men Mall), Patrick Liau (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT), YBrs.Dr.Tan Awang Besar(Setiausaha Bahagian Dasar Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia), Cik Juliana Teh (Ahli Jawatankuasa MPP4), En.Ken Chia (Ahli Majlis MBSJ 2024/25), Master Lee (Pengasas VR Drumming Academy), En. Eddy (wakil dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia) dan Evelyn Woon (Pengurus Besar, Pemasaran, Da Men USJ) menjadikan hari terakhir sambutan Tahun Baru Cina benar-benar tidak dapat dilupakan di Da Men USJ.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Da Men Mall (damen-mall.com)

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!