LONJAK KE TAHUN NAGA DENGAN PENAMPILAN TERHEBAT BERSAMA LOVE, BONITO
Love, Bonito, jenama pakaian wanita saluran omni terkemuka di Asia Tenggara, teruja untuk meraikan kegembiraan yang berganda dengan pembukaan kedai utama mereka di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, dan sambutan pelancaran Koleksi Tahun Baru Cina yang diilhamkan budaya Timur.
Dalam era di mana sambutan Tahun Baru Cina kelihatan berbeza untuk setiap keluarga, Love, Bonito meraikan perbezaan ini dengan koleksi baharu mereka bertemakan ‘Modern Reunions’. Menampilkan gaya oriental moden, koleksi baharu ini tersedia dengan gaya kembar ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan untuk majlis makan besar yang tidak dapat dilupakan. Dengan hadiah percuma termasuk Fortune Red Packets, Scarlet Tissue Box Holder dan Gratitude Chopsticks yang menanti pelanggan, musim perayaan ini menjanjikan kemeriahan yang istimewa!
Memeriahkan pratonton eksklusif koleksi terbaharu ini dengan kehadiran mereka termasuk Rachel Lim (Pengasas Bersama Love, Bonito), Dione Song (Ketua Pegawai Eksekutif Love, Bonito), bersama pelakon Hong Kong dan Duta Love, Bonito, Grace Chan. Dalam ucapan pembukaannya, Song berkongsi tentang perkembangan pesat syarikat tersebut sebagai perniagaan saluran omni dengan lebih 20 cawangan fizikal di wilayah penting, termasuk Malaysia.
“Ini merupakan detik yang sangat membanggakan! Kami terharu dengan peluang untuk mempamerkan jenama kami di salah satu mercu tanda utama negara, Tun Razak Exchange. Kedai utama kami ini melambangkan permulaan yang baharu untuk Love, Bonito. Reka bentuk dan rupa moden dengan ruang yang luas dan sistem nombor giliran elektronik menawarkan pengalaman membeli-belah yang lain daripada yang lain. Lebih daripada sekadar ruang fizikal, kedai ini tersedia dengan pilihan pakaian yang pelbagai, dan ia paling sesuai untuk dijadikan destinasi utama untuk sebarang acara atau bengkel komuniti khusus untuk kaum wanita.”
Merangkul Akar Budaya Asia
Dengan pembukaan kedai keenam dan yang terbesar di Malaysia, Love, Bonito meneruskan sambutan dengan menampilkan Koleksi Tahun Baru Cina yang pasti menarik hati penggemar fesyen. Setiap pakaian melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna bertuah, sulaman eksklusif Opulent Florals, dan tekstil broked Heirloom Botanicals dan Rekindled Blooms.
Rachel Lim, Pengasas Bersama Love, Bonito, menyatakan bahawa jenama itu berbangga dengan asasnya yang memenuhi keperluan wanita Asia dengan merangkul warisan Asia khususnya untuk koleksi ini.
“Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang sangat istimewa bagi semua dan kami di Love, Bonito mahu menjadikan ini pengalaman yang bermakna bagi setiap keluarga, sama ada bagi mereka yang baru bergelar ibu, keluarga pelbagai budaya, dan mereka yang telah kehilangan orang yang tersayang,” kata Rachel.
“Koleksi terbaru ini merangkul identiti Asia dan inspirasi daripada porselin, jed dan broked untuk melahirkan penggayaan yang moden. Selain daripada itu, kami turut menyediakan pakaian keluarga yang sepadan dan sesuai untuk potret keluarga bagi meraihkan ikatan kekeluargaan!
Ikatan Kekeluargaan yang Erat
Yuri Asymmetric Drape Midaxi Dress adalah cheongsam yang direka dengan gaya moden, menampilkan garis leher drep dan potong maksi yang sesuai untuk perayaan hari pertama. Yanna Mandarin Collar Romper pula menampilkan kombinasi tuah dan kegembiraan dengan kolar Mandarin, tali laras untuk menonjolkan pinggan yang ramping, potongan yang pendek dan poket sisi untuk menyimpan angbao.
Bagi mereka yang trendy, pilihan pakaian selain daripada warna merah tersedia untuk anda! Gayakan pakaian dalam tona yang gelap untuk penampilan yang memukau. Mina Padded Tweed Mandarin Collar Jumpsuit merupakan pilihan yang paling sempurna untuk parti atau majlis makan malam bersama rakan sekerja. Mira Knit Midi Dress pula merupakan cheongsam yang direka khas dengan potongan moden yang menampilkan belahan slit di bahagian belakang untuk siluet yang anggun.
'
Sentuhan Tradisi
Nikmati saat-saat manis sempena perayaan Tahun Baru Cina dengan kejutan tambahan untuk seisi keluarga apabila anda membeli-belah dengan kami! Nikmati hadiah eksklusif seperti Fortune Red Packets (dengan perbelanjaan minimum RM188 dalam satu resit), Scarlet Tissue Box Holder dan sepasang Gratitude Chopsticks - bermula 24 Januari untuk pembelian atas talian sahaja (kedua-duanya dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit), sementara stok masih ada.
Comments
Post a Comment