SKYLINE LUGE KUALA LUMPUR MEMPERKENALKAN NIGHT LUGE DAN UMUM PENAMBAHBAIKAN BAHARU


Tatkala malam menjelma, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL) bakal bertukar menjadi satu pengembaraan yang dipacu graviti melalui pelancaran Night Luge dan beberapa penambahbaikan di taman tema tersebut.


Nikmati Detik Hebat Bersama Keluarga di bawah Lampu Neon dengan Night Luge

Bersedialah untuk memecut melalui selekoh tajam serta terowong dan cerun yang mendebarkan, sambil disirami lampu LED berwarna hijau, oren, biru dan merah jambu yang memukau! Ia menjanjikan pengalaman yang menjana adrenalin, lebih-lebih lagi apabila Skyline Luge KL juga menempatkan terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline.

Mulakan pengembaraan yang menggembirakan di Skyline Luge KL yang dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang antara 10 Februari hingga 10 Mac 2024, dan selami keajaiban Night Luge setiap hari Jumaat hingga Ahad, dengan waktu lanjutan sehingga 10:00 malam.


Skyline Luge KL Menampilkan Beberapa Kemas Kini dan Penambahbaikan Terbaharu

Selain pelanjutan waktu operasi, berikut adalah beberapa penambahbaikan yang menarik:

Sistem tiket dalam talian yang teratur dengan slot masa (setiap jam). Justeru, tetamu boleh menempah tiket mereka lebih awal tanpa perlu beratur panjang.
  • Tetamu yang menempah tiket dalam talian akan dibenarkan akses terus ke kawasan beratur Skyride mengikuti slot masa masing-masing, tanpa perlu beratur di kaunter. Anda hanya perlu menunjukkan e-tiket yang sah untuk menyertai barisan masuk.
  • Perhatian: Setiap slot masa mempunyai kapasiti tetamu yang ditetapkan. Dapatkan slot pilihan anda dengan menempah tiket terlebih dahulu di laman web kami dan menikmati diskaun 5% untuk tiket anda!
Papan tanda baharu yang jelas. Seiring dengan projek penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan kami secara berperingkat, papan tanda baharu juga diletakkan di seluruh taman tema bagi memudahkan tetamu kali pertama serta tetamu lama menerokai taman tema kami dengan mudah.

Bagi memberikan tetamu pengalaman beratur yang lebih nyaman dan selesa, kawasan teduhan baharu telah ditambah di seluruh taman tema.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Luge dan mencipta memori indah di Skyline Luge Kuala Lumpur bersama rakan dan keluarga dengan menempah tiket secara dalam talian sekarang!

Ikuti Skyline Luge di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini tentang Skyline Luge Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!