UNIQLO BUKA GEDUNG TERBESAR DI MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX


Syarikat menjual pakaian terkemuka UNIQLO baru-baru ini telah membuka gedung terbaharu dan  terbesarnya di Malaysia di The Exchange TRX in Kuala Lumpur, menampilkan rangkaian pakaian dan perkhidmatan yang lebih luas kepada para pealnggan tempatan dan juga antarabangsa.


Dengan keluasan 38,719 kaki persegi, UNIQLO The Exchange TRX menawarkan beraneka pilihan pakaian dalam rangkaian UNIQLO LifeWear, yang menjadi pakaian kegemaran untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. kerana gaya dan keselesaannya,  


Kolaborasi Rekaan Eksklusif UTme! bersama Artis Tempatan - Shan Shan Lim

Untuk memperingati pembukaan UNIQLO The Exchange TRX, UNIQLO telah bekerjasama dengan artis tempatan serbaboleh Shan Shan Lim untuk mencipta rekaan UTme!. Rekaan ini menjadi peringatan kepada semua untuk saling berhubung dengan dunia di sekeliling kita dan lukisan bunga-bungaan adalah selaras dengan komitmen UNIQLO’ terhadap kelestarian alam..


UNIQLO Coffee

Terletak di aras Concourse, UNIQLO Coffee menawarkan beberapa pilihan minuman dan kudapan yang menjadi kegemaran ramai. Anda boleh menikmati campuran kopi unik UNIQLO di kedai atau untuk dibawa pulang.


RE.UNIQLO Studio

RE.UNIQLO Studio telah dilancarkan di bulan November 2022, untuk menghasilkan ekonomi kitaran melalui upcycling dan juga 3R dalam usaha kelestarian: Repair, Reuse, and Recycle.

Terletak di Aras 1, RE.UNIQLO Studio menawarkan perkhidmatan membaikpulih pakaian seperti sulaman dan jahitan Sashiko, untuk membantu pelanggan memanjangkan lagi tempoh penggunaan pakaian LifeWear mereka.


UT and UTme!

Di Aras 1 UNIQLO The Exchange TRX menampilkan ruang khas untuk kemeja-T UNIQLO UT yang menampilkan corak ikon-ikon pop yang terkenal di Malaysia dan juga seluruh dunia, termasuk KAWS, DISNEY dan anime.

Perkhidmatan UTme! membolehkan para pelanggan untuk mengubah suai pakaian dan beg jinjing dengan rekaan mereka sendiri, untuk gaya peribadi yang unik.


Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO, sila layari www.uniqlo.com/my 



Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM