GUARDIAN ‘MENGINSPIRASI KETERANGKUMAN’ BERSAMA ANDA DAN ORANG TERSAYANG DI HARI WANITA SEDUNIA 2024


Tema Hari Wanita Sedunia (IWD) tahun ini, ‘Inspirasikan Keterangkuman’ amat dekat di hati Guardian apabila kami meraikan pelbagai sumbangan dan kejayaan wanita di seluruh negara.

Priscilla Wu, Pengarah Pengurusan Guardian Malaysia, menekankan, “Di guardian, kepelbagaian dan pemerkasaan adalah teras nilai kami. Kami percaya dalam membina persekitaran yang inklusif di mana wanita diberi kuasa untuk memimpin dan menyumbang kepada kejayaan kami di setiap peringkat.”

Tambah beliau, “Tahun ini, sambutan kami diperluaskan bagi meraikan bukan sahaja wanita, malah golongan lelaki yang banyak menyokong dan membantu mereka. Di Guardian, kami ingin meraikannya bersama anda dan orang tersayang termasuk lelaki dalam hidup anda yang telah membantu anda mencapai kejayaan yang anda kecapi atau membantu anda mengatasi cabaran yang anda hadapi.

“Sama ada anda membeli-belah untuk diri sendiri atau wanita istimewa dalam hidup anda - ibu, kakak, penjaga, atau saudara mara - guardian ada tawaran istimewa untuk semua.”

Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menginspirasikan keterangkuman, guardian Malaysia menampilkan enam kisah pendek istimewa di TikTok, menampilkan individu luar biasa yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan penderitaan:



Rocyie Wong - Pejuang Psoriasis: Meningkatkan kesedaran tentang penyakit psoriasis dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Dr. Aiesha Asmadi - Doktor Perubatan, Atlet Profesional dan Pejuang Kecergasan: Pemandiri kanser dua kali yang berdedikasi untuk menyuntik semangat kepada orang lain.

Anissa Jailani - Guru Bahasa Isyarat: Memecah stereotaip dan menggalakkan keterangkuman melalui pendidikan


Ashyy Edwards - Pempengaruh Kecantikan Plus Size: Mempromosikan positiviti badan dan sayangi diri.

Zarina Zainuddin - Ibu dan Usahawan: Mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu kepada anak lelaki autisme dan keusahawanan dengan penuh keanggunan.

Jared Lee - Pembuat Filem YouTube: Pemandiri kanser dengan isteri sebagai penyokong kuatnya.

Jangan lupa menyaksikan kisah-kisah aspirasi dan kejayaan yang menginspirasikan ini!

Di samping itu, Guardian Malaysia menawarkan pelbagai promosi istimewa pada bulan Mac ini, termasuk diskaun seluruh stor untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sama ada anda membeli-belah untuk diri sendiri atau meraikan wanita hebat di sisi anda, guardian menawarkan sesuatu untuk semua orang.

Berkunjunglah ke stor Guardian berdekatan anda sekarang untuk menikmati tawaran menakjubkan ini. Sertai kami dalam meraikan anda dan orang tersayang dan pencapaian mereka yang mengagumkan di Hari Wanita Sedunia ini!

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM