JANJI BERBALOI 149 TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA!


Kempen Janji Berbaloi 149, kolaborasi antara TV9 dan ST Rosyam kini memasuki tahun ketiga. Kali ini, kempen yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang ramai ini telah berlangsung di Semenyih. Lebih daripada 200 pengunjung telah beratur seawal 8.30 pagi, untuk menjadi 250 pengunjung terawal bagi mendapatkan tawaran pek istimewa berharga serendah RM1.49 !

Janji Berbaloi 149 ini diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan bulan yang mulia ini dan seiring dengan kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ anjuran Media Prima Berhad. Janji Berbaloi 149 yang berlangsung di cawangan terbaharu ST Rosyam Mart yang terletak di Semenyih, Selangor ini telah disempurnakan oleh Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Program dan Kandungan Penyiaran, TV9.


Tawaran istimewa ini telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan hanya sah pada hari ini sahaja, 30 Mac 2024. Pek yang bernilai serendah RM1.49 itu mendapat sambutan yang sangat meriah apabila orang ramai sudah mula berkerumun dari pukul 8.30 pagi hanya untuk mendapatkan kupon tawaran. Pek istimewa yang ditawarkan mengandungi barang-barang keperluan asas seperti beras 5 kg, minyak masak 2 kg, gula 1 kg dan telur ayam 15 biji laris terjual hanya dalam masa 30 minit sahaja!

Menurut Khairunnisa Kamarulzaman, “Kempen istimewa Janji Berbaloi yang merupakan kerjasama antara TV9 dengan ST Rosyam telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut bagi memberi penghargaan kepada penonton setia kami dan juga pelanggan ST Rosyam. Kali ini Janji Berbaloi diadakan di cawangan terbaharu ST Rosyam Mart, Semenyih dan sambutan amat meriah terutamanya dengan jualan pek istimewa berharga RM1.49 yang laris tidak sampai setengah jam. Sempena Ramadan tahun ini, kami menawarkan 250 pek (satu pek untuk satu keluarga) kepada pengunjung yang terawal. Pek istimewa yang bernilai lebih daripada RM60 itu ditawarkan khas untuk meraikan penonton setia yang menyokong TV9 sehingga menjadikan TV9 sebagai stesen televisyen nombor 2 di Malaysia sekarang.“


Selain pembelian pek Janji Berbaloi 149, pengunjung turut berpeluang beramah-mesra bersama penyampai berita Buletin TV9 iaitu Asri Badrun dan Barr Zaizan. Turut dimeriahkan lagi oleh pelakon terkenal dan hos Nasi Lemak Kopi O, Fizo Omar.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my untuk perkembangan terkini tentang program TV9.



Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM