TINJAUAN ECO DEALS AGODA: 4 DALAM 5 PELANCONG MENGAMBIL BERAT TERHADAP PERJALANAN MAMPAN

Seiring dengan perjalanan rakyat Malaysia ke destinasi baharu, mereka semakin sedar akan potensi impak yang terhasil daripada pilihan mereka. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh platform pelancongan digital Agoda, 81% pelancong dari Malaysia mengambil berat tentang pelancongan yang lebih mampan. Para responden menekankan bahawa insentif kewangan, ketersediaan pakej pelancongan mampan, dan panduan yang lebih jelas tentang amalan pelancongan yang lebih mampan boleh mendorong mereka untuk membuat pilihan yang lebih mampan pada perjalanan mereka seterusnya.

Image by jcomp on Freepik

Lebih sepuluh ribu orang responden dari sepuluh pasaran di seluruh Asia telah ditinjau di platform Agoda. Hampir 8 daripada 10 orang pelancong menyatakan kesediaan mereka untuk membuat pilihan perjalanan yang lebih mampan, dengan 18% responden menunjukkan bahawa mereka akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka mengembara secara lebih mampan. Namun, 22% daripada pelancong yang ditinjau jarang mempertimbangkan kemampanan dalam pilihan percutian mereka – dengan pelancong Jepun paling kurang mengambil berat (45%) berbanding hanya 8% pelancong dari Filipina.

Insentif kewangan boleh memainkan peranan penting dalam membuat pilihan yang lebih mampan

Tinjauan Eco Deals Agoda juga bertanya kepada responden mengenai faktor utama yang boleh membantu menggalakkan mereka membuat pilihan pelancongan yang lebih mampan. Insentif kewangan muncul sebagai faktor paling utama di semua pasaran, dengan purata 45% responden menekankan insentif seperti diskaun sebagai faktor utama. Sentimen ini lebih dipandang berat di Singapura (58%), Taiwan (54%) dan Indonesia (47%)

Ketersediaan pakej pelancongan mampan menduduki tempat kedua, dengan tawaran yang merangkumi pendakian pemuliharaan berpandu dan aktiviti yang menyokong inisiatif tempatan menjadi pilihan yang lebih diminati oleh pelancong dari Filipina (28%), Vietnam (24%) dan Thailand (23%). Garis panduan yang jelas tentang amalan pelancongan mampan (#3), pendidikan dan kesedaran tentang kesan terhadap alam sekitar (#4), dan dasar kemampanan yang berkaitan dari kerajaan tempatan (#5) melengkapkan lima faktor utama tersebut.



Sejajar dengan trend keseluruhan, insentif kewangan muncul sebagai faktor utama bagi responden Malaysia, mendorong hampir satu per dua jumlah responden untuk memilih pelancongan yang lebih mampan (46%), manakala responden yang lain tertarik kepada ketersediaan pakej pelancongan mampan (21%) dan garis panduan yang lebih jelas mengenai amalan pelancongan yang bertanggungjawab (12%). Selain itu, peningkatan pendidikan dan kesedaran mengenai kesan alam sekitar (10%) dan insentif atau dasar kerajaan unuk pelancongan mampan (9%) melengkapkan lima pendorong utama yang membantu pelancong Malaysia membuat pilihan pelancongan yang lebih mampan.

Enric Casals, Naib Presiden Bersekutu di Agoda, berkata “Mesej yang diluahkan adalah lantang dan jelas: Para pelancong ingin membuat pilihan yang lebih mampan. Program Eco Deals Agoda menawarkan kepada pelancong pelbagai tawaran yang bernilai hebat untuk penginapan terpilih, dan bagi setiap tempahan, Agoda akan menderma satu dolar Amerika Syarikat kepada projek pemuliharan tempatan World Wide Fund for Nature (WWF). Dengan sasaran sumbangan keseluruhan sehingga satu juta dolar AS, kami membantu para pelancong untuk mengembara dunia dengan harga yang lebih murah, dan juga memberikan peluang untuk memberi balik kepada destinasi yang mereka gemari.”

Apabila ditanya mengenai amalan pelancongan mampan yang akan diutamakan oleh pelancong di seluruh Asia, lebih satu perempat (26%) daripada responden memilih untuk menyokong komuniti tempatan melalui usaha seperti membeli produk buatan tempatan atau menyumbang kepada inisiatif tempatan.

Usaha kitar semula dan pengurangan sisa (20%), seperti penggunaan semula tuala dan cadar katil, merupakan pilihan kedua tertinggi yang dizahirkan oleh semua pelancong, diikuti dengan penyertaan dalam aktiviti dan lawatan yang menumpukan kepada usaha pemuliharaan di tempat ketiga dengan 17% undian. Amalan utama lain termasuk memilih penginapan dengan pensijilan kemampanan di tempat keempat dan memilih pilihan pengangkutan yang lebih mampan di tempat kelima.

Pelancong dari Malaysia pula akan memberi keutamaan kepada menyokong komuniti tempatan dan projek pemuliharaan (26%), memilih pakej pelancongan lebih mampan yang mempromosikan aktiviti pemuliharaan (24%), dan memilih penginapan dengan pensijilan kelestarian (19%).

Sejak pelancarannya pada 3 Mac 2024, yang turut jatuh pada Hari Hidupan Liar Sedunia, pelancong ke Asia Tenggara boleh menempah Eco Deals di Agoda. Bagi setiap tempahan Eco Deals, AS$1 akan didermakan kepada projek-projek pemuliharaan World Wide Fund for Nature (WWF) untuk melindungi hidupan liar dan memulihara habitat kritikal di Asia Tenggara. Di samping itu, pelancong boleh menikmati diskaun sehingga 15%. Maklumat lanjut boleh didapati di www.agoda.com/ecodeals.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?