TV1, TV2 DAN OKEY SAJI PROGRAM MENARIK SYAWAL 2024

Cuit Sikit Jangan Sentap

Sepanjang Syawal ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pelbagai program istimewa khas buat penonton setia RTM yang bersiaran menerusi saluran TV1, TV2 dan Okey.

Penonton dijanjikan dengan seleksi kandungan hebat merangkumi program-program kerohanian, telefilem, drama bersiri, hiburan, sketsa, sitkom, variasi, bual bicara serta banyak lagi yang juga boleh distrim dalam talian melalui RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my) secara percuma.

Sebanyak 15 program baharu dijanjikan kepada penonton TV1 yang bermula siaran dari malam raya, seperti Gema Takbir, Siaran Gema Raya & Solat Sunat Aidilfitri, Borak Dulu Baru Buka (Khas Syawal), juga drama-drama terbaik menyentuh emosi mengisi slot Panggung RTM iaitu Raya Tak Nampak (13 April, 9.00 malam) dan Abyad Sofi (20 April, 9.00 malam).

Telefilem Raya Tak Nampak terbitan Unit Drama TV RTM ini mengisahkan misi tiga bujang cuba menyelamatkan seorang gadis buta yang sehelai sepinggang untuk pulang beraya menjadi huru hara apabila lakonan si buta pecah tembelang dan mereka dikejar gangster sebenar. Membariskan pelakon Wani Kayrie, Danial Zaini, Imran Aqil dan Mamak Puteh. Manakala Abyad Sofi pula kisah Abyad Sofi yang menghidap penyakit sindrom OCD berdepan dengan orang sekelilingnya. Lakonan Mimi Ernida, Fikry Ibrahim dan Kazar Saisi.

Program-program hiburan menarik seperti Temasya Aidilfitri (1 Syawal, 9.00 malam), Bedayang Ta’ Aidilfitri terbitan RTM Sabah (1 Syawal, 1.30 petang) dan Berambeh Raya terbitan RTM Sarawak (2 Syawal, 1.30 petang) dan juga bual bicara Cuit Sikit Jangan Sentap, Iris Wanita, Panorama, dan Planet Sukan.


Terdapat juga 10 program istimewa dari TV2 merangkumi filem-filem terbaik seperti, Paskal (1 Syawal, 9.00 malam), Spider-man: No Way Home (3 Syawal, 9.00 malam), dan Toolsidas Junior (5 Syawal, 9.00 malam). Turut disiarkan telemovie bertajuk Ustazah Ekspress (2 Syawal, 9.00 malam).

Kemeriahan Syawal turut diriuhkan lagi dengan rancangan hiburan Riang Riuh Raya (4 Syawal, 9.00 malam) dan Radar Skrin (5 Syawal, 11.00 pagi) iaitu program terbaharu RTM yang menampilkan hos Tyzo Xander.

Hos Iris Wanita edisi Raya - Hanie Hamid dan Zack Kirana 

TV2 turut menghadiahkan tayangan Havoc Raya Bintang RTM (2 Syawal, 9.00 malam) yang menampilkan peserta-peserta Bintang RTM 2024 juga barisan artis Datuk Syafinaz Selamat, Liza Hanim, dan Haqiem Rusli.


Saluran Okey pula akan menyajikan rancangan Masak Sana Sini New York Khas Raya (1 Syawal, 12.00 tengahari) dimana Nabila Huda akan membawa penonton ke kota nombor 1 dunia iaitu New York untuk memasak juadah Raya yang mudah, ringkas dan meraikan hari Raya bersama anak-anak Malaysia yang merantau di kota New York.


Saksikan juga dua telemovie terbaik iaitu Serambi Syurgamu (3 Syawal, 10.00 malam) dan Biniku Ratu Joran (4 Syawal, 10.00 malam). Serambil Syurgamu menampilkan pelakon Shasha Abedul, Qi Razali dan Normah Damanhuri manakala Biniku Ratu Joran menggandingkan pelakon utama Arief Yong dan Dayana Roza. Khas edisi Raya turut disiarkan program seperti Versus, Steadey, dan Fresh Brew.

Raikan pelbagai program Syawal bersama-sama kami setulus hati di RTM.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM