“ID57”, 26 CERITA SEMANGAT PATRIOTISME KHAS BULAN KEBANGSAAN INI DI RTM
Seorang cucu yang obses dengan ketokohan personaliti-personaliti perjuangan hak wanita di luar negara sehinggakan dia memandang rendah kemampuan golongan wanita negara sendiri. Namun keratan akhbar yang ditemuinya tanpa sengaja membongkar rahsia perjuangan opahnya semasa muda ketika menentang Malayan Union pada penghujung 1945. Hana bertindak mahu menyelidik kisah Opah yang kian dimakan usia dan dipinggirkan anak-anaknya sendiri itu.
Kisahnya antara perkongsian menarik dalam salah satu episod drama bersiri terbaharu, “ID57” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) khas sepanjang bulan kebangsaan ini mulai 12 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik.
Begitu pun menerusi 26 episod siri kemerdekaan arahan Khairul Anuar Mat Noor ini mengetengahkan banyak lagi cerita menyuburkan semangat patriotism dalam masyarakat. Pelbagai elemen suka dan duka seperti elemen kekeluargaan, kebudayaan, perpaduan, sejarah dan kecintaan pada negara.
Dipersembahankan dalam cerita dan pelakon yang berbeza pada setiap episod termasuklah Dato’ Fauziah Nawi, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dato’ Rahim Razali, Bell Ngasri, Qi Razali, Pushpa Narayan, Julia Farhana, Amber Chia dan Syafie Naswip.
Julia Farhana |
Sementara itu tajuk “Ranee Mukhtar-Ji” pula mengetengahkan kekalutan dialami Farhana berdepan situasi cemas mahu ke hospital melahirkan anak namun tersangkut di dalam kesesakan. Mungkinkah tembok perbezaan bangsa dan agama bisa diruntuhkan dek sifat kemanusiaan?
Ikuti juga tajuk-tajuk lain dengan isu yang menarik termasuklah “Rukun Tetangga Menentang Jembalang Paya”, (merungkai misteri jembalang paya untuk menganjak paradigma orang kampung agar berpemikiran “merdeka”), “Upih Grand Prix” (semangat kejiranan mengaturkan sambutan kemerdekaan), “Sesudah Banjir” (perjuangan wakil rakyat muda untuk memimpin dan menyelesaikan masalah penduduk setempat), “Aduhai Kasih, Aduhai” (pemuda yang gemar memperlekehkan bahasa dan budaya bangsanya sendiri), “Adiwira Kertas” (seseorang yang dimangsakan oleh maklumat yang dimanipulasi), dan “Tsu-Raya” (semangat dua bangsa berbeza dalam mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia).
Ikuti juga plot tajuk “Hana, Krayonnya Patah” (usaha seseorang dalam memahami kepentingan untuk hidup bersama-sama individu lain meskipun dengan pelbagai perbezaan), “Antara Darah dan Lumpur” (azam menghentikan kegiatan pembuangan sisa terlarang dan peduli tentang sensitiviti alam sekitar), “Follow, Like, Subscribe” (rasa tanggungjawab terhadap prinsip siaran di media sosial), “Jodoh Buat Purnama” (mendalami kefahaman tentang peranan Pendidikan perkahwinan di Malaysia), “Balada Orang Merdeka” (pergeseran dua beranak tentang soal maskuliniti, peranan dan faedah kecenderungan dalam membina sahsiah individu dan negara), dan “Tandem” (erti sebenar setiakawan dan ikhtiar yang perlu dilakukan untuk bangkit semula).
Comments
Post a Comment