BERSEDIA UNTUK GELAK KETAWA BERSAMA SITKOM TV3 - JABATAN CALL CENTRE!


Ketawa merupakan antara satu terapi yang terbaik sekiranya kita berada dalam keadaan stress atau sedih. Jangan risau kerana ada cara mudah untuk kita mengatasi perkara tersebut dengan gelak ketawa bersama ahli keluarga anda hanya dengan menonton program sitkom terbaharu TV3 akan datang, Jabatan Call Centre (JCC)!

Anda semua bakal dihiburkan dengan barisan pelakon berpengalaman, seperti Rita Rudaini, pelakon yang muda dan hebat seperti Izzue Islam, Andi Bernadee, Shiha Zikir dan bakat baharu Aya Amiruddin. Gelagat mereka yang lucu, tambahan bekerja di bawah syarikat yang sama pastinya akan mencuit hati penonton bermula pada 9 Ogos 2024 ini, setiap hari Jumaat, pada pukul 10.00 malam atau strim di Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Sebagai pelanggan, kita semestinya mempunyai pelbagai masalah atau konflik apabila membeli barang. Maka di sinilah munculnya JCC sebagai penyelamat yang akan menawarkan bantuan kepada pelanggan! JCC menawarkan khidmat pelanggan yang menghadapi pelbagai isu ketika membeli tidak kira masalah kecil atau besar, JCC akan tetap cuba menyelesaikan masalah pelanggannya. Berjayakah mereka menyelesaikan segala konflik yang menimpa mereka?

Hidayah (Aya Amiruddin)

Aya Amiruddin yang merupakan pempengaruh kini buat kali pertama akan memainkan watak utama di kaca televisyen sebagai Hidayah. Hidayah merupakan seorang yang energetik, tegas dan sentiasa mempunyai ideanya yang tersendiri dalam menyelesaikan masalah. Beliau juga merupakan seorang yang paling rapat dengan majikannya.

Rozy (Rita Rudaini)

Majikannya pula, Rozy (Rita Rudaini) atau dipanggil dengan gelaran Boss Rozy. Beliau seorang sentiasa menjaga penampilan dan seorang majikan yang sangat tegas dengan pekerjanya. Beliau mempunyai seorang setiausaha yang” skema” (nerdy) , Seri (Andi Bernadee). Seri merupakan seorang peminat setia slot Akasia dan sangat menjaga kebersihan di pejabat.

Seri (Andi Bernadee)

Bashira (Shiha Zikir)

Lebih terhibur apabila Shiha Zikir memainkan watak sebagai Bashira, seorang kakitangan (receptionist) yang sentiasa aktif. Minatnya dia terhadap sukan turut mempengaruhi dirinya dalam cara pemakaian ke pejabat dan pemikirannya yang menerapkan taktik sukan dalam menyambut panggilan di JCC.

Zaharudin (Izzue Islam)

Izzue Islam melakonkan watak Zaharudin, seorang lelaki yang sentiasa cool dan tenang. Pendirian Zaharuddin adalah sebesar mana pun masalah yang dialami, pastinya ada jalan penyelesaian. Beliau memainkan peranan penting dalam pejabat kerana kebolehan beliau pakar dalam pelbagai bidang seperti bidang teknikal, kemahiran komputer, membaiki tandas, elektrikal, bertukang dan sebagainya.

Di JCC juga, pelanggan tidak digalakkan datang untuk membawa barang yang bermasalah dan perkara ini telah ditegaskan oleh Rozy semasa mesyuarat. Rozy ingin mengajar semua kakitangan untuk mengelakkan pelanggan datang kerana semua proses pemulangan barang rosak harus dilakukan melalui pos sahaja. Namun, terdapat juga pelanggan yang suka datang secara 'walk-in' ke JCC. Ingin mengetahui apakah yang bakal berlaku pada episod pembukaan? Adakah anda bersedia bergelak ketawa bersama keluarga?


Ayuh luangkan malam minggu anda melayani kerenah pekerja Jabatan Call Centre (JCC) yang akan bersiaran bermula pada 9 Ogos 2024 ini, setiap hari Jumaat, pada pukul 10.00 malam atau strim di Tonton melalui www.tonton.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA