REVIEW: TINGKATKAN KEYAKINAN DAN KETERAMPILAN DIRI DENGAN COLOR ME BEAUTIFUL


Khidmat konsultasi warna adalah perkhidmatan profesional yang membantu individu menentukan palet warna yang paling sesuai dengan ciri-ciri semula jadi mereka, seperti tona kulit, warna rambut, dan warna mata. Perunding warna yang berpengalaman akan menjalankan penilaian mendalam untuk mengenal pasti palet warna bermusim yang unik bagi setiap individu. Ini bukan sahaja membantu dalam pemilihan pakaian dan aksesori yang lebih sesuai, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri dan penampilan keseluruhan. 

Team Femagonline berpeluang untuk mencuba khidmat rundingan ini di Color Me Beautiful di Kelana Jaya. Jom kita baca pengalaman pertama Cik Balqis memperoleh palet warna yang sesuai dengan dirinya. 


Sepanjang hidup saya, saya anggap bahawa saya adalah seorang yang mempunyai tona hangat yang cenderung ke arah neutral, dengan hanya melihat warna urat yang terserlah pada kulit saya iaitu hijau kebiruan. Sebagai seorang yang bersaiz besar serta pendek, saya cenderung untuk memakai banyak busana berwarna hitam untuk cuba meminimumkan tumpuan pada bentuk badan saya kerana kerja saya memerlukan saya berhadapan orang ramai di mana saya banyak membuat pembentangan, mengendalikan mesyuarat serta mengacarakan acara-acara rasmi. Oleh itu saya ingin kelihatan profesional dan mempunyai penampilan menyenangkan sesuai dengan bentuk tubuh badan saya yang lentik.

Namun selepas menghadiri sesi rundingan Color Me Beautiful bersama Cik Michelle di ibu pejabat beliau di Kelana Jaya, persepsi saya berubah sama sekali. Saya bukanlah sesuai dengan tona hangat seperti yang saya anggap selama ini.

Sebelum menghadiri sesi rundingan, saya dinasihatkan memakai baju putih dan tudung putih bagi memastikan sesi rundingan berjalan lancar. Sesi ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai program Color Me Beautiful (CMB), bagaimana CMB diasaskan dan pengaruhnya CMB di Malaysia. Kemudian saya diterangkan mengenai enam jenis warna iaitu: Sejuk (Cool), Jelas (Clear), Lembut (Soft), Cerah (Light), Gelap (Deep) dan Hangat (Warm).

Kemudian saya diberikan soal selidik ringkas untuk mengetahui tentang gaya personaliti saya, apa yang saya cenderung pakai pada hari bekerja, apa yang saya suka menggayakan pada hujung minggu, semasa majlis khas dan gaya ideal saya.

Daripada soal selidik saya, didapati bahawa saya lebih cenderung kepada gaya kreatif, diikuti dengan gaya semula jadi. Ini adalah paradoks yang menjadikan DNA gaya saya unik.

Didapati bahawa tona dan warna yang sesuai dengan saya adalah warna yang sejuk, bukannya warna hangat seperti anggapan saya sebelum ini. Cik Michelle, yang memainkan peranan penting dalam membawa program CMB ke Malaysia, kemudian memberi saya maklum balas terperinci untuk gaya individu saya dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Walaupun berhijab, wanita muslim juga suka tampil yakin dalam lingkungan rumah mereka. Cik Michelle menganalisis warna rambut saya serta tunas-tunas uban yang menyerlahkan usia saya. Individu dengan rambut beruban yang jelas dan tidak menguning memiliki warna yang sejuk. Oleh itu, warna rambut abu (ash) yang sejuk sesuai untuk rambut saya. Dalam hal ini, saya sepenuh hati bersetuju kerana saya pernah bereksperimen dengan warna fesyen berani seperti berambut perang, ungu, hijau, biru dan kelabu apabila berehat dan bersantai di rumah saya.

Konsep warna sejuk pada rambut boleh digunakan kepada pilihan warna hijab. Cik Michelle menunjukkan kepada saya foto pelanggannya sebelum perundingan CMB dan selepas perundingan CMB. Pelanggan beliau adalah seorang doktor berjaya yang memiliki beberapa klinik di seluruh Lembah Klang. Pada mulanya pelanggan ini cenderung memakai tudung berwarna kusam yang tidak sesuai dengan warna dirinya iaitu Clear. Daripada imej promosi beliau mengayakan tudung berwarna kusam, yang tidak menayangkan imej seorang doktor berjaya yang memiliki beberapa klinik di Lembah Klang. Selepas berunding dengan Cik Michelle, dia mula menggayakan tudung merah menyerlah yang sangat sesuai dengannya. Pelanggan memperoleh keyakinan diri yang tinggi dan kini yakin menghantar ucapan peribadi kepada rakan perniagaan beliau dengan memakai pakaian berwarna terang seperti fuchsia dan merah jambu yang menyerlah.


Beralih kepada warna untuk pakaian saya. Warna yang sesuai dengan saya adalah warna berasaskan biru sejuk. Saya dinasihatkan untuk mengelak daripada warna hangat dan kuning. Ini tidak menjadi masalah bagi saya kerana saya suka warna sejuk seperti turquoise dan lavender.

Kemudian terdapat isu rumit berpakaian untuk bentuk badan yang lentik. Bergantung pada saiz saya, saya dinasihatkan untuk memakai warna neutral gelap dan warna tonal (gelap dari bawah yang beransur-ansur menjadi agak cerah kebahagian wajah tetapi dalam kumpulan warna yang sama) pada badan saya untuk mengalih perhatian penglihatan dari kawasan saya yang tidak menarik dan lebih fokus pada wajah saya. Di sinilah warna solekan dan hijab yang menarik memainkan peranan. Saya juga memikirkan bahawa kadang-kadang pemakaian berwarna hitam pada badan sebenarnya menyerlahkan lagi bahagian yang tidak menarik kerana warna hitam ini kadang-kadang seperti garis sharpie yang menggariskan bentuk badan dengan jelas.

Berkenaan warna tonal, mengekalkan warna dalam satu kumpulan warna memberikan ilusi ketinggian, manakala warna neutral seperti kuning air, kelabu tua, kelabu, dan coklat membantu meminimumkan rupa bentuk badan yang bulat, manakala warna-warna yang terang cerah perlu digayakan di bahagian wajah dan kepala. Apabila memasangkan skirt dengan leggings dan stoking, warna haruslah sama.


Kembali kepada memfokuskan warna-warna cerah pada wajah, warna solek saya untuk mata saya adalah warna-warna sejuk seperti biru, coklat, ungu dan kelabu. Warna bibir saya adalah daripada kumpulan warna mawar dan beri.

Perundingan dan perbincangan selama 90 minit yang bermanfaat tentang warna dan gaya yang sesuai dengan saya ini mendorong saya untuk merombak gaya saya yang lebih menarik dengan maklumat yang saya peroleh ini.

CMB Malaysia terkenal di seluruh dunia dan telah menerima beberapa pelanggan yang sanggup datang dari Timur Tengah dan Amerika Utara.

Jangan lepaskan peluang untuk perundingan yang menyeluruh dan mendalam dengan CMB, yang terletak di Kelana Jaya. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://colourmebeautiful.com.my/, hubungi talian +60107711376 atau emel colourmebeautiful.my@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU