KONSERT JILID AKHIR ELLA PUTERI KOTA DI ARENA OF STARS DITUNDA

Disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dielakkan, Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota yang dijadualkan berlangsung di Arena of Stars pada 26 Oktober 2024 kini telah ditunda sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pelanggan yang telah membeli tiket konsert ini dinasihatkan untuk mendapatkan bayaran balik mengikut kaedah pembayaran yang digunakan.

Bagi pelanggan yang telah membuat pembayaran secara tunai, sila emel kepada customercare@rwgenting.com untuk memperolehi borang Electronic Funds Transfer (EFT). Borang ini hendaklah dilengkapkan dan dihantar bersama salinan MyKad atau pasport ke alamat emel yang di atas untuk mendapatkan bayaran balik secara penuh.

Bagi pelanggan yang telah membeli tiket menggunakan kad kredit atau Genting Points, proses bayaran balik automatik sedang dijalankan. Sekiranya anda ingin mengekalkan tiket anda, sila hubungi customercare@rwgenting.com sebelum 15 Oktober 2024. Anda masih boleh menghadiri konsert dengan tiket sedia ada setelah membuat pengesahan melalui emel.

Untuk maklumat lanjut atau perkembangan terkini, sila layari rwgenting.com atau ikuti laman media sosial rasmi RWG.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

KRU & ICON ENTERTAINMENT LAKAR SEJARAH TERIMA 2 PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBR)

KEMPEN "SKIN PROTECTION, LIFE PERFECTION" KAO MALAYSIA MEMPROMOSIKAN AMALAN KESIHATAN KULIT SEPANJANG HAYAT, BERMULA DARI ZAMAN REMAJA

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA