F&N MELANCARKAN KEMPEN "JOM SIHAT, KEKAL CERGAS" UNTUK MEMPROMOSIKAN GAYA HIDUP LEBIH SIHAT DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA


Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), bersama Mydin, dengan bangganya telah melancarkan kempen "Jom Sihat, Kekal Cergas" bagi menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat.

Berlangsung sempena sambutan Hari Malaysia, kempen "Jom Sihat, Kekal Cergas" telah mengambil tempat pada 13 September yang lalu menerusi jerayawara selama empat hari di Mydin USJ untuk mengetengahkan kepentingan menjalani gaya hidup yang seimbang dan mendidik para pengguna untuk memilih jenis makanan yang lebih sihat.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan bahawa hampir 2.3 juta rakyat dewasa Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya tiga penyakit tidak berjangkit (NCD), sementara lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia sedang bergelut dengan kemurungan[i], menandakan keperluan mendesak untuk pendekatan kesihatan secara menyeluruh.

Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan di kalangan rakyat Malaysia, kempen “Jom Sihat, Kekal Cergas” F&N mempamerkan produk-produk sihat yang membawa Logo Pilihan Lebih Sihat (Healthier Choice Logo, HCL), mencerminkan dedikasi F&N untuk memenuhi kriteria nutrien yang ketat – dengan merendahkan kandungan gula, sodium dan lemak sambil meningkatkan ramuan bermanfaat seperti protein dan vitamin. Selaras dengan falsafah “Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati” serta berpandukan Piagam Nutrisi (Nutrition Charter) tersendiri, F&N dengan bangganya mempersembahkan pelbagai rangkaian produk membolehkan pengguna mendapat maklumat lengkap dalam membuat pilihan makanan yang lebih sihat tanpa berkompromi dengan rasa. Rangkaian ini termasuk minuman isotonik, teh, minuman Asia, dan produk tenusu.


Pelancaran ini turut menampilkan sesi perkongsian daripada Pengarah Pemasaran Minuman F&N, Leong Wai Yin, Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Pegawai Perubatan merangkap Pempengaruh Kesihatan, Dr Amanda Elli.

Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar, Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, di Universiti Putra Malaysia yang banyak melakukan kajian tentang pemakanan komuniti, menekankan kepentingan pengambilan pemakanan yang lebih sihat melalui peningkatan literasi pelabelan makanan. “Nutrisi memainkan peranan yang kritikal dalam gaya hidup sihat, dan pemilihan yang lebih bijak dalam diet seseorang boleh membawa impak yang signifikan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Dengan adanya produk di pasaran yang mempunyai Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL Logo) seperti yang turut tertera pada rangkaian produk F&N, para pengguna kini boleh membuat pilihan makanan yang lebih sihat berdasarkan maklumat pada label. Perubahan dalam pemilihan makanan dan minuman seharian kita, meskipun hanya pada skala kecil, mampu mendatangkan manfaat besar kepada kesihatan jangka masa panjang kita.”

Pegawai Perubatan dan Pempengaruh Kesihatan Dr Amanda Elli juga bersependapat dengan Dr Nur Aqilah, menegaskan kepentingan Logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengaruhnya dalam membimbing para pengguna untuk membuat pilihan yang lebih bijak. “Logo Pilihan Lebih Sihat menandakan sesebuah produk telah memenuhi set kriteria nutrisi yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan pemilihan produk yang berlabel ini, seperti minuman F&N, para pengguna mendapat maklumat lengkap dan tepat dalam membuat keputusan yang menyumbang kepada kesihatan mereka secara menyeluruh. Penjagaan diet yang seimbang, kekal aktif secara fizikal, dan pengurusan kesihatan mental adalah kunci kepada kehidupan yang sejahtera, katanya.”

Leong Wai Yin, Pengarah Pemasaran, Pemasaran Minuman F&N Sdn Bhd, menzahirkan komitmen syarikat, dengan menyatakan "Kempen Jom Sihat, Kekal Cergas” ini mencerminkan komitmen F&N untuk menangani cabaran-cabaran kesihatan di Malaysia dengan menawarkan minuman lazat yang memenuhi keperluan nutrisi pembeli. Kami berbesar hati untuk menawarkan rangkaian produk yang lebih lazat dan lebih sihat, selari dengan Piagam Nutrisi kami dan menepati piwaian tinggi Logo Pilihan Lebih Sihat. Kerjasama dengan Mydin pula mempermudahkan produk-produk lebih sihat ini untuk didapati, menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjalani hidup lebih aktif dan seimbang.”

Jerayawara ini turut menampilkan stesen-stesen interaktif yang mempamerkan jenama F&N, termasuk F&N Magnolia Milk, 100PLUS, F&N SEASONS, dan OYOSHI Green Tea. Setiap stesen menunjukkan manfaat-manfaat nutrisi produk-produk tersebut seiring dengan pelbagai aktiviti bertema yang mempromosikan kesejahteraan fizikal dan mental dengan penglibatan menyeluruh dan menyeronokkan untuk dialami oleh para pengunjung.


Komitmen Berterusan F&N untuk Mencipta Produk-Produk yang Sihat buat Rakyat Malaysia

Sejak 2004, F&N telah menurunkan indeks gula mereka sebanyak 51% dan komited dalam memastikan bahawa 67% daripada minuman sedia diminum dan produk tenusu F&N mematuhi garis panduan nutrisi Malaysia menjelang tahun 2025. Ini selari dengan piawaian Logo Pilihan Lebih Sihat Kementerian Kesihatan, sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III (2016-2025). F&N terus memacu inovasi dengan menggabungkan pelbagai ramuan yang bantu memperkasakan tahap kesihatan para pengguna seperti vitamin dan mineral dalam rangkaian produk mereka.

F&N juga telah memperkenalkan rangkaian produk “Zero Sugar”, digantikan dengan pemanis alternatif seperti sukralosa, alternatif yang lebih sihat. Leong Wai Yin juga berkata, “Kami amat bangga terhadap inisiatif ‘Zero Sugar’ kami, yang menawarkan pilihan minuman alternatif untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan gula tanpa mengkompromikan rasa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fn.com.my



Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3