IBU NEGARA BERSEMARAK DENGAN FESTIVAL KREATIF KL PERTAMA: LEBIH DARIPADA 100 ACARA MERAIKAN TAPAK, KOMUNITI, KREATIVITI, DAN BUDAYA


Orang ramai dijemput meneroka Pusat Bandar Kuala Lumpur sempena Festival Kreatif KL yang julung kali diadakan bagi menghidupkan semula kawasan teras bersejarah ibu kota dengan sejarah, seni bina, komuniti, dan budaya. Dengan sokongan Kementerian Kewangan, festival anjuran DBKL dan Think City ini berlangsung selama tiga bulan dengan menawarkan lebih 100 acara yang meriah, termasuk pameran, pemasangan seni awam, fesyen, persembahan, lawatan interaktif dan pengalaman kulinari. Program-program ini disusun dengan latar belakang kekayaan warisan bandar.

Acara utama festival ini termasuk KALAM: Confluence of Writers & Ideas, Membaur Bahasa Idea, Pentas Seni Merdeka, Companion Show Indian Ocean Craft Triennial (IOTA) 2024, dan Tayangan Perdana Dunia SEKA. Festival ini juga akan menampilkan penggiat filem terkenal Tan Chui Mui dan Amir Muhammad, karya seni pemasangan oleh Najib Bamadhaj, Fritilldea, Suzy Sulaiman, dan Bono Stellar, serta pameran yang dikurasi oleh ikon fesyen Dato’ Sri Bernard Chandran dan Datuk Radzuan Radziwill. Sesi perkongsian oleh penari klasik Mavin Khoo, chef berbintang Michelin Jimmy Ophorst, persembahan oleh penyair lisan Kemboja Kosal Khiev, dan pameran oleh pakar warisan John Ang turut menjadi sebahagian daripada festival ini. Festival ini turut mengalu-alukan delegasi dari Indonesia, termasuk tuan tari terkenal Eko Supriyanto, artis visual A. Sebastianus, Meta Enjelita dan Mulyana, serta penyair tersohor Goenawan Mohamad. Direka untuk menawarkan pengalaman buat semua, festival ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk orang ramai dari semua lapisan masyarakat.

Festival Kreatif KL bukan sekadar acara – ia adalah satu gerakan untuk menemui dan membayangkan semula Pusat Bandar Kuala Lumpur. Dengan menjemput pengunjung meneroka permata tersembunyi dan berinteraksi dengan sejarah bandar, festival ini bertujuan meletakkan Pusat Bandar Kuala Lumpur di pentas global sebagai destinasi budaya yang dinamik.

Sama ada melalui pemasangan berskala besar atau persembahan yang intim, Festival Kreatif KL menggalakkan perspektif baharu terhadap ruang dan cerita bandar dengan menggabungkan elemen lama dengan yang baharu. Festival ini menggalakkan rakyat Malaysia dan pelawat untuk berhubung dengan corak budaya bandar, memastikan Pusat Bandar Kuala Lumpur kekal sebagai destinasi lestari yang boleh didiami dan dihargai.


Antara acara utama yang mesti dilihat termasuk Arts On The Move di stesen LRT Masjid Jamek dan MRT Pasar Seni, The TAPAU Show Live di Semua House, Festival Augmented Reality Kuala Lumpur, The Nyonya & Her Jewellery di Warong Old China sebagai sebahagian daripada siri Acara Peranakan, Palm Practices oleh Forest Learning Centre di Taman Botani Perdana, Kembara Stories oleh Project Future Malaysia, TWILIGHT di Dewan RXP REXKL, pemasangan seni "Drama Queen" sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh di Kwai Chai Hong, PESZTA di Kampung Attap, Immersio di GMBB, Festival KA.IN di Semua House, Pameran Seni Budaya dan Bazaar di Menara Maybank, pasar hujung minggu di Pasar Seni, dan banyak lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, berkata, "Festival Kreatif KL berfungsi sebagai platform utama yang bukan sahaja mempamerkan warisan budaya Kuala Lumpur yang kaya tetapi juga selaras dengan matlamat Rangka Kerja Ekonomi MADANI Malaysia untuk pembangunan inklusif dan mampan. Memperkasa Pusat Bandar KL sebagai hab kreatif dan budaya akan menyokong usaha lebih luas untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kebolehdiaman bandar kita. Komitmen berterusan kami untuk menjadikan Kuala Lumpur pusat kreatif global mencerminkan matlamat kami untuk mengubah ruang awam menjadi tempat dinamik yang memacu inovasi, dan memperluas infrastruktur kreatif, menjadikan bandar ini destinasi utama untuk bakat dan perniagaan kreatif."

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Paduka Dr TPr Maimunah Mohd Sharif turut menambah, “Monumen dan mercu tanda bersejarah KL memainkan peranan penting dalam membentuk budaya, identiti, dan kejayaan kita. Festival Kreatif KL meraikan bakat kreatif bandar sambil mempromosikan dan menyokong aktiviti-aktiviti meriah di Pusat Bandar KL. Untuk meningkatkan penglibatan dan kemampanan, kami telah menubuhkan jawatankuasa kerja untuk menyelaraskan kandungan kreatif serta melancarkan KreatifKL.com sebagai platform kolaboratif bagi pengamal dan perniagaan. Inisiatif ini akan mempamerkan aset budaya kita, memacu pertumbuhan ekonomi, dan meningkatkan kualiti hidup, sekali gus meletakkan Kuala Lumpur sebagai bandar kreatif yang pesat membangun. Sebuah bandar mesti mempunyai jiwa, dan oleh itu Kuala Lumpur mesti mempunyai jiwa melalui pelbagai aktiviti, salah satunya ialah Festival Kreatif KL.”

Dato’ Hamdan Abdul Majeed, Pengarah Urusan Think City berkata, “Selepas lima tahun dan pandemik global, kami kini bersedia untuk memajukan Pelan Induk Strategik KLCCD, terima kasih atas sokongan daripada Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan (MoF). Dengan sokongan daripada DBKL dan Jabatan Perdana Menteri, bersama-sama dengan MoF, usaha kami untuk memperkasakan komuniti kreatif di Pusat Bandar KL dan menginstitusikan pelan induk ini kini mula membuahkan hasil. Festival Kreatif KL melambangkan kerjasama dengan artis tempatan dan antarabangsa, mempamerkan karya mereka dan meletakkan Kuala Lumpur sebagai hab kreatif yang semakin berkembang di rantau ini."


Acara festival akan mengaktifkan beberapa kawasan utama termasuk Presint Sivik (Kawasan Warisan Dataran Merdeka, Panggung Bandaraya), Presint Peruncitan Tradisional (Semua House), Presint Segi Tiga Warisan (Jalan Tun HS Lee, Jalan Tun Perak, Medan Pasar, Central Market), Presint Petaling Street (Kwai Chai Hong), and Kawasan Merdeka 118 (Kampung Attap).

Festival Kreatif KL merupakan sebahagian daripada komitmen kota untuk mengenal pasti, menyokong, dan meraikan bakat kreatif dari Malaysia dan rantau ini, sambil menyerlahkan kepentingan seni bina dan sejarah bangunan serta lokasinya. Dikurasi oleh Think City dan dibentuk oleh Jawatankuasa Penasihat Kreatif KL, acara ini direka untuk memastikan penglibatan yang bermakna dengan semua pengunjung, menjadikannya acara penting dalam kalendar budaya tahunan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang unik ini untuk mengalami kekayaan budaya Kuala Lumpur. Untuk program penuh dan butiran acara, layari kreatifkl.com.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU