‘KAMI MELINDUNGI ANDA. UNTUK KEHIDUPAN TANPA GANGGUAN.’ HANSAPLAST MENERAJUI AKSES PENJAGAAN LUKA UNTUK SEMUA MENERUSI PERSIDANGAN PERTOLONGAN CEMAS 2024


Sempena sambutan Hari Pertolongan Cemas 2024 pada 14 September baru-baru ini, Hansaplast Malaysia, pakar terkemuka dalam penjagaan luka, telah menganjurkan Persidangan Pertolongan Cemas 2024, yang mengumpulkan ahli-ahli profesional kesihatan, rakan dagang, dan tetamu-tetamu jemputan. Persidangan ini menekankan komitmen Hansaplast dalam meningkatkan pemahaman penjagaan luka dengan pelancaran inovasi terbarunya, plaster ‘Pengurang Parut’ yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan keterlihatan parut timbul dan keloid. Selain itu, Hansaplast Malaysia dan St. John Ambulance Malaysia turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama mempromosikan pendidikan pertolongan cemas melalui “Program Pendidikan Penjagaan Luka” di peringkat nasional yang memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah dan komuniti.

"Sebagai pakar terkemuka dalam penjagaan luka, kami berpegang teguh pada komitmen jenama, ‘Kami Melindungi Anda. Untuk Kehidupan Tanpa Gangguan.’ Daripada calar dan luka kecil dalam kehidupan seharian sehingga keadaan luka yang lebih serius, kecederaan boleh mengganggu rutin harian dan mempengaruhi kesejahteraan fizikal serta emosi. Hansaplast memahami perkara ini dan sedia membantu. Kami menukar air mata menjadi senyuman selepas anak mengalami kemalangan kecil ketika bermain di taman permainan, ataupun persediaan penjagaan pasca pembedahan di rumah, Hansaplast menawarkan penjagaan luka dan kecederaan yang berprestasi tinggi dan disesuaikan dengan keperluan khusus. Produk kami, yang dipercayai di hospital dan di rumah, direka untuk keberkesanan dan kualiti maksimum, memastikan penyembuhan yang selamat dan pantas untuk semua. Kami berdedikasi untuk menawarkan penyelesaian rawatan yang berkesan untuk semua jenis luka. Hansaplast menyediakan pelbagai produk, dari plaster standard sehingga saiz XL untuk luka pasca-pembedahan yang lebih besar, untuk penyembuhan yang selamat, cepat dan berkesan," kata Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura.


“Plaster Hansaplast Pengurang Parut yang diperkenalkan mewakili komitmen kami yang tidak berbelah bahagi dalam menyediakan solusi penjagaan luka yang inovatif, khususnya menangani keperluan pasca pembedahan pesakit. Kepakaran perubatan merupakan sebahagian daripada DNA kami, dan kami sentiasa memperbaharui produk kami melalui inovasi perubatan terkini. Kami sedar ramai pesakit sering kali terpaksa merawat parut mereka sendiri selepas pembedahan. Plaster Hansaplast Pengurang Parut mencerminkan komitmen Hansaplast terhadap inovasi dan rawatan di rumah, menyediakan penyelesaian yang mudah dan berkesan untuk memperbaiki rupa parut dan membantu individu mendapatkan semula keyakinan mereka," kata Angeline Wong, Pengurus Pemasaran, Healthcare Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Dr. Clement Limus Apong, Pengamal Penjagaan Luka dengan pengalaman klinikal hampir 20 tahun dalam menguruskan luka kronik, berkongsi perspektif pakarnya mengenai plaster Hansaplast Pengurang Parut yang baru dilancarkan: “Kajian menunjukkan bahawa 91% pesakit yang menjalani prosedur pembedahan rutin menginginkan hasil parut yang lebih baik. Plaster Hansaplast Pengurang Parut direka untuk memenuhi keperluan ini dengan mensasarkan parut hipertropik dan keloid - parut timbul dan merah yang melangkaui kawasan luka asal. Terbukti secara klinikal dan berkesan, plaster Pengurang Parut menawarkan pendekatan tiga kesan untuk menjadikan parut semakin rata, lembut, dan pudar. Plaster poliuretana telus ini meningkatkan hidrasi, meningkatkan suhu di sekitar parut, mengaktifkan proses regenerasi kulit secara semula jadi dan mengurangkan pengumpulan kolagen yang berlebihan. Rawatan bukan invasif ini mengurangkan keterlihatan parut hipertropik dan keloid yang baru serta lama, selamat untuk kulit sensitif, dan bebas daripada kesan sampingan. Hasil yang ketara boleh dilihat dalam masa 3 hingga 4 minggu, dengan penambahbaikan yang signifikan selepas 8 minggu penggunaan yang konsisten."

Pada Majlis Menandatangani MoU untuk ‘Program Pendidikan Penjagaan Luka’ di seluruh negara, Dr. Vierhaus menekankan, “Dengan mengedarkan produk penjagaan luka dan menyediakan pendidikan melalui pelbagai saluran, kami berazam untuk memastikan setiap orang mendapat akses kepada penjagaan luka yang berkualiti tinggi. Kerjasama kami dengan St. John Ambulance mengukuhkan komitmen kami untuk memperkasakan individu untuk mengambil tindakan segera apabila berlaku luka atau kecederaan.”

Menyuarakan komitmen ini, Dato' Lai See Ming, Ketua Komander dan Pengerusi St. John Ambulans Malaysia menyatakan, “Kerjasama kami dengan Hansaplast menandakan satu langkah penting dalam memajukan pendidikan pertolongan cemas di seluruh Malaysia. Program Pendidikan Penjagaan Luka Hansaplast ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas penjagaan luka, membolehkan mereka memberi respons yang berkesan terhadap kecederaan. Inisiatif ini benar-benar sejajar dengan misi kami untuk membina komuniti yang lebih selamat dan bersedia.”

Tentang Plaster Hansaplast Pengurang Parut Baharu

Plaster Hansaplast Pengurang Parut yang baharu kini boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring, BIG, farmasi Mega Kulim serta kedai rasmi e-dagang Hansaplast di Shopee dan TikTok. Ia tersedia dalam dua saiz - standard dan XL dengan 21 plaster setiap kotak, masing-masing berharga RM109.90 dan RM199.90.

Untuk maklumat lanjut mengenai plaster ‘Pengurang Parut’ dan produk Hansaplast yang lain, kunjungi www.hansaplast.my

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3