HABIB PERKENAL KOLEKSI JOY UNTUK MEMPERINGATI DETIK-DETIK ISTIMEWA DALAM HIDUP


Detik-detik emas dalam hidup merupakan momen yang sangat bermakna. Sambutan-sambutan seperti hari lahir, perkahwinan, graduasi, ulang tahun, dan kelahiran cahaya mata merupakan acara yang istimewa untuk disambut bersama yang tersayang. 

HABIB memperkenalkan ‘The Gift of Happiness’ untuk meraikan detik berharga dengan koleksi Joy yang menawarkan pilihan kad ucapan yang berwarna-warni bersertakan emas 999.9. Dengan motif yang ceria, koleksi Joy ini menambah sentuhan mewah kepada perayaan istimewa anda. 

Tersedia dalam 5 edisi meriah (Hari Lahir, Perkahwinan, Graduasi, Kelahiran dan Ulang Tahun), setiap kad disertakan dengan sampul surat berwarna yang serasi dan ruang khas untuk menulis ucapan istimewa. 

Koleksi Joy HABIB hadir dalam dua varian: syiling wafer emas 999.9 (0.2g) yang direka khas pada harga RM138 setiap satu atau jongkong emas 999.9 terbaru HABIB (0.5g atau 1g). Koleksi Joy kini boleh didapati di semua bilik pameran HABIB, serta melalui platform e-dagang HABIB di www.habibjewels.com, TikTok, Shopee, Lazada dan Zalora.

Comments

Popular posts from this blog

FITNESS @ SEA: STARCRUISES X UNDER ARMOUR BAWA KECERGASAN KE LAUT BIRU

HARVEY NORMAN MALAYSIA LANCAR LAKARAN MALAYSIA: GABUNGAN SENI KONTEMPORARI DAN WARISAN TEMPATAN

TOURISM MALAYSIA & ORIENTAL KOPI PROMOSI RASA MALAYSIA KE PERINGKAT GLOBAL SEMPENA VM2026

AEON MALL BAWAKAN KEMAKMURAN "PROSPERITY BLOSSOM" SEMPENA TAHUN BAHARU CINA