BERNAS PAMER INOVASI CANGGIH DI PAMERAN MAHA 2024, PERKASA SEKTOR PERTANIAN MALAYSIA


Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), rakan strategik Kerajaan dalam memacu Agenda Keterjaminan Makanan, mempamerkan inovasi dan kemajuan teknologinya di pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 tahun ini.

Antara ciri utama yang menarik perhatian adalah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang meliputi lebih 1,881 hektar di 10 negeri seluruh Malaysia. Inisiatif ini memperkasakan petani dengan teknologi mekanisasi yang canggih, sekaligus menyerlahkan kemajuan industri pertanian Malaysia dan kepimpinan BERNAS selaku syarikat peneraju di dalam memacu program ini untuk maju ke hadapan.

Bersempena dengan tema MAHA 2024, “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, kerjasama BERNAS di pameran pertanian terulung Asia Tenggara ini membuktikan dedikasinya untuk memajukan industri padi dan beras serta meningkatkan kesedaran awam akan kepentingannya, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menjamin sekuriti makanan negara.

Pada MAHA 2024, objektif utama BERNAS adalah mendidik pengunjung, delegasi, serta pihak berkepentingan tentang kepentingan keselamatan makanan dan peranan industri padi dalam memastikan kestabilan bekalan beras negara melalui pameran di BERNAS Pavilion dan Galeri Padi BERNAS. BERNAS juga berhasrat menarik lebih ramai belia, memandangkan mereka penting untuk pertumbuhan dan masa depan sektor ini.


Selain pameran yang bersifat pendidikan, pelbagai aktiviti dan peraduan menarik turut disediakan untuk pengunjung bagi menawarkan perspektif unik tentang impak BERNAS terhadap industri padi, termasuk:

● Pertandingan Teka Berat Beras
● Pameran istimewa Padi Pulut dari Langkawi yang terletak di Laman Padi
● Aktiviti ‘Dari Dapur BERNAS’ – demonstrasi memasak Nasi Goreng Dabai eksklusif oleh Pengerusi BERNAS dengan kerjasama Kedey Kamek.

MAHA 2024 akan berlangsung dari 11 hingga 22 September di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS). Pavilion BERNAS terletak di Dewan A, manakala Galeri Padi, dengan ruang pameran yang imersif, terletak di Laman Padi.

Untuk maklumat lanjut, ikuti BERNAS di media sosial (Facebook – @bernas.official, Instagram – @bernas.official, TikTok – @bernas_official, X - @BernasOfficial, LinkedIn – Padiberas Nasional Berhad, YouTube – BERNAS Official TV).

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU