PEMILIKAN EV DI MALAYSIA - PANDANGAN DARIPADA BMW GROUP MALAYSIA DAN MYZEVA
BMW Group Malaysia dan Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA) membentangkan beberapa maklumat mengenai perkembangan semasa Mobiliti Elektrik di Malaysia menerusi satu siri infografik. Infografik tersebut menekankan pertumbuhan dalam penggunaan Kenderaan Elektrik (EV) dan pengembangan infrastruktur pengecas kenderaan tersebut yang kini membentuk peralihan inovasi dalam sektor mobiliti.
Diwakili oleh kenderaan dan model daripada portfolio BMW i, kebolehlaksanaan perjalanan rentas negeri menggunakan EV di samping perbandingan kos pengecasan dan isian semula serta penyelenggaraan antara EV dan kenderaan enjin petrol turut dikaji dan diperincikan.
Infografik 1: Perhati Lebih Banyak Kenderaan Elektrik Di Jalan Kebelakangan Ini?
EV semakin kerap kelihatan di jalan raya Malaysia, dengan bilangan pendaftaran yang semakin meningkat di pejabat JPJ negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Peta suhu di atas menunjukkan bahawa antara 2021 dan Jun 2024, bilangan EV yang didaftarkan adalah signifikan di beberapa negeri, dengan Kuala Lumpur mendahului menerusi 5,271 pendaftaran, diikuti oleh Selangor dengan 1,544 pendaftaran. Negeri-negeri lain yang merekodkan bilangan pendaftaran yang tinggi termasuk Johor dengan 657, Pulau Pinang dengan 351, Sabah dengan 326 dan Sarawak dengan 268. Namun, kebanyakan pendaftaran juga dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi Rakan Niaga JPJ. Daripada 27,382 pendaftaran di seluruh Malaysia pada Jun 2024, 17,244 pendaftaran dilakukan secara dalam talian.
Pertumbuhan ini memperlihatkan jangkauan Mobiliti Elektrik yang semakin meluas ke seluruh negara, apabila lebih ramai rakyat Malaysia, tanpa mengira negeri, menerima baik manfaat pemilikan EV. Perkembangan ini sejajar dengan peningkatan kapasiti jarak untuk EV moden, yang membolehkan ramai rakyat Malaysia melakukan perjalanan rentas negeri dengan yakin dan tenang menggunakan EV mereka.
Lonjakan Ke Arah Mobiliti Elektrik.
Selepas kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) mendapat sambutan yang signifikan pada tahun 2010-an sebagai teknologi peralihan, peralihan kepada EV telah meningkat dengan pesat sejak 2022. Dengan semakin ramai rakyat Malaysia celik akan manfaat Mobiliti Elektrik di samping infrastruktur sokongan yang terus berkembang, trend ini dijangka akan berterusan.
Rangkaian Pengecas Awam Berkembang Seiring.
Seiring dengan peningkatan pemilikan EV di Malaysia, bilangan lokasi pengecasan awam juga telah meningkat secara mendadak untuk memenuhi keperluan pengecasan pemilik EV, sekali gus memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan yang lebih jauh dengan EV mereka. Rangkaian stesen pengecasan yang semakin berkembang, baik di kawasan bandar mahupun di sepanjang lebuh raya, merupakan faktor penting dalam menyokong peralihan negara ke arah Mobiliti Elektrik.
Infografik 2: Kembara Jalan Raya dan Perjalanan Rentas Negeri Dengan Kenderaan Elektrik.
EV moden menawarkan jarak perjalanan yang setara atau bahkan melebihi kenderaan enjin petrol, menjadikan kembara jalan raya dengan EV satu pengalaman yang mudah dan tanpa kegusaran. Dengan jarak perjalanan sehingga 440 km (WLTP) untuk model seperti BMW iX1 xDrive30 dan sehingga 433 km (WLTP) untuk MINI Countryman SE ALL4, kenderaan-kenderaan tersebut lebih daripada mampu untuk mengendalikan perjalanan jarak jauh merentasi Malaysia.
Lokasi Pengecasan Awam di Malaysia.
Setakat Jun 2024, data daripada MEVnet oleh PLANMalaysia dan MGTC menunjukkan terdapat 2,606 lokasi pengecasan awam tersedia di seluruh Malaysia. Walaupun pengecasan di rumah kekal sebagai pilihan utama bagi kebanyakan pemilik EV, pengembangan infrastruktur pengecasan awam yang pesat telah meningkatkan kemudahan memandu kenderaan elektrik untuk perjalanan yang lebih jauh. Pertumbuhan ini dijangka akan berterusan dalam beberapa tahun akan datang, sekaligus menyokong peralihan kepada Mobiliti Elektrik.
Rancang Perjalanan Anda.
Merancang perjalanan lebih awal dapat menjadikan perjalanan lebih lancar. Pemandu EV boleh mengenal pasti kemudahan pengecas di sepanjang lebuh raya atau di bandar dengan mudah menggunakan papan pemuka interaktif MEVnet oleh PLANMalaysia dan MGTC, yang boleh diakses di planmalaysia.gov.my/mevnet/. Selain itu, aplikasi navigasi popular seperti Google Maps dan Waze kini menyediakan senarai yang komprehensif dan laluan terkini ke lokasi pengecasan awam EV, menjadikan merancang perjalanan dengan EV lebih mudah berbanding sebelumnya.
Tambahan lagi, ketersediaan kemudahan pengecas pantas arus terus (DC) di sepanjang lebuh raya membolehkan pengecasan semula kenderaan EV dilakukan dengan cepat dan efisien, justeru pemandu boleh kembali ke jalan raya dengan kelewatan yang minimum. Pengecasan lazimnya mengambil masa sekitar 30 minit untuk mengecas EV dari 10 peratus hingga 80 peratus menggunakan pengecas pantas DC, memberikan masa yang sesuai untuk berehat seketika, membeli snek, meregangkan kaki, atau berinteraksi bersama orang lain sebelum meneruskan perjalanan.
Infografik 3: Pengalaman Pemilikan Kenderaan Elektrik.
Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar Malaysia (MyZEVA) telah berkongsi maklumat menarik mengenai perspektif kos dalam memiliki EV di Malaysia, dengan perbandingan diwakili oleh model elektrik BMW iX1 dengan model sejenisnya yang menggunakan petrol, BMW X1.
Mengecas EV di rumah bukan sahaja mudah, tetapi juga lebih menjimatkan kos. Peranti pengecas di rumah boleh mengecas penuh EV dalam anggaran empat hingga lapan jam, bergantung pada model. Dengan mengecas EV anda semalaman, anda boleh melakukan isian semula kenderaan tanpa mengganggu rutin harian. Menurut perbandingan di atas, mengecas BMW iX1 di rumah adalah kira-kira 65 peratus lebih jimat berbanding mengisi petrol BMW X1 di stesen minyak.
Penyelenggaraan Kenderaan Elektrik.
EV juga tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap berbanding kenderaan tradisional dengan enjin pembakaran dalaman (ICE). Tanpa keperluan untuk menukar minyak enjin dan dengan komponen gerakan yang lebih sedikit, penyelenggaraan EV menjadi lebih mudah dan efisien. Bagi kenderaan elektrik bateri (BEV) BMW dan MINI, bateri yang digunakan terdiri daripada modul, yang membolehkan hanya penggantian modul yang bermasalah, bukan keseluruhan bateri. Penambahbaikan teknologi seperti ini akan terus membantu mengurangkan kos penyelenggaraan EV dari masa ke masa.
Usaha BMW Group Malaysia dalam memajukan Mobiliti Elektrik di Malaysia.
Setakat ini, lebih daripada 6,400 model elektrik penuh daripada portfolio BMW dan MINI telah diperkenalkan di jalan raya Malaysia. Selain itu, lebih daripada 2,020 kemudahan pengecas telah disediakan oleh BMW Group Malaysia untuk pemilik EV di sini melalui kerjasama strategik dengan pelbagai penyedia pengecas EV di Malaysia. Lebih daripada 100 kemudahan pengecas BMW i dan MINI juga tersedia di kebanyakan pengedar sah, serta lokasi rakan kerjasama di seluruh negara, dengan lebih banyak lagi yang akan datang sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan infrastruktur strategik yang dirancang untuk tahun hadapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian pengecasan oleh BMW Group Malaysia, layari https://www.bmw.com.my/en/topics/bmw-owners/bmw-charging-solution.html.
Rasai Pengalaman BMW i5 eDrive40 di BMW Road Trip anjuran Regas Premium Auto dan juga di Gurney Plaza, Pulau Pinang semasa acara THE 5PACE anjuran BMW Group Malaysia.
Regas Premium Auto akan menganjurkan acara BMW Road Trip, menampilkan model serba elektrik BMW i5 eDrive40 serta BMW iX2 xDrive30. Acara itu akan berlangsung di Saradise, Kuching, Sawarak dari 5 petang - 11 malam pada 20 September, dan 11 pagi - 11 malam dari 21 hingga 22 September. Mereka yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi Regas Premium Auto untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selain itu, dari 10 hingga 13 Oktober, sertai kami untuk merasai sendiri model elektrik sepenuhnya terkini dalam barisan BMW 5 Series di THE 5PACE, yang akan diadakan di Centre Atrium Plaza Gurney, Pulau Pinang, dari 10 pagi - 10 malam setiap hari* . Ruang acara akan memaparkan varian terbaharu BMW 5 Series, dengan peluang eksklusif untuk berada di belakang roda BMW i5 eDrive40 elektrik sepenuhnya.
* Dengan pengecualian 11 Oktober, 7 malam - 10 malam, apabila THE 5PACE akan ditutup untuk acara peribadi.
* Dengan pengecualian 11 Oktober, 7 malam - 10 malam, apabila THE 5PACE akan ditutup untuk acara peribadi.
Comments
Post a Comment