PENYATA KEWANGAN H1/2024 VIETJET MENUNJUKKAN PENINGKATAN HASIL DAN KEUNTUNGAN YANG LUAR BIASA DALAM PERTUMBUHAN YANG PESAT


Syarikat Saham Bersama Penerbangan Vietjet (Vietjet Aviation Joint Stock Company/ HOSE: VJC) telah membentangkan penyata kewangan yang telah diaudit untuk separuh tahun pertama 2024 (H1/2024) dengan melaporkan peningkatan yang cemerlang dalam hasil dan keuntungan tahun ke tahun (YoY ).

Menurut laporan tersebut, hasil pengangkutan udara Vietjet mencecah VND33.862 trilion (lebih kurang RM5.98 bilion) dalam tempoh enam bulan pertama 2024, lebih tinggi sedikit berbanding dengan penyata kewangan yang terkumpul. Keuntungan sebelum cukai dicatatkan pada VND1.166 trilion (lebih kurang RM205.79 juta), menandakan peningkatan yang luar biasa sebanyak 688% YoY.

Syarikat penerbangan tersebut melaporkan jumlah hasil yang dikonsolidasikan H1/2024 sebanyak VND34.030 trilion (lebih kurang RM6 bilion) dan keuntungan sebelum cukai yang dikonsodilasikan melebihi VND1 trilion (lebih kurang RM176.49 juta), menandakan peningkatan YOY sebanyak 15% dan 307% masing-masing.

Setakat 30 Jun 2024, jumlah aset Vietjet melebihi VND92.205 trilion (lebih kurang RM16.273 bilion). Nisbah hutang kepada ekuiti kekal sekitar 2.16, berbanding purata global 5. Nisbah likuiditi berada pada 1.39 iaitu dalam julat yang menggalakkan untuk sektor penerbangan.

Menurut Saigon Ratings, sebuah organisasi penarafan kredit bebas, Vietjet telah mengekalkan penarafan kredit jangka panjang "vnBBB-" pada tahap "Stabil". Dengan adanya usaha pemulihan berterusan dan perancangan strategik proaktifnya sepanjang tahun 2022 dan 2023, Vietjet dijangka untuk mencapai kemajuan dengan cepat dan mampan dalam jangka sederhana dan panjang.

Pada separuh tahun pertama 2024, Vietjet telah menyumbang sejumlah VND3.687 trilion (lebih kurang RM650.71 juta) dalam bentuk cukai dan yuran, secara langsung dan tidak langsung.

Syarikat penerbangan tersebut telah menerbangkan sebanyak 13.1 juta orang penumpang dalam lebih 70,000 penerbangan dengan selamat pada separuh tahun pertama 2024. Bilangan penumpang antarabangsa mencecah 5.5 juta orang dengan lebih 28,300 penerbangan antarabangsa, menandakan peningkatan YoY sebanyak 52% dan 43%. Ini mengukuhkan kedudukan Vietjet sebagai syarikat penerbangan terbesar, mengikut jumlah penumpang.

Vietjet mengendalikan lebih daripada 149 laluan, termasuk 38 domestik dan 111 antarabangsa, dengan rangkaian pesawat melebihi 105 buah pesawat, termasuk pesawat Vietjet Thailand. Di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough awal tahun ini, Vietjet dan Airbus menandatangani perjanjian tempahan untuk 20 buah pesawat A330neo (A330-900) generasi baharu berbadan lebar yang bernilai AS$7.4 bilion (lebih kurang RM32.147 bilion).

Dengan menambahkan jumlah pesawat yang moden dan mesra alam, syarikat penerbangan tersebutdapat menghubungkan pelbagai destinasi menarik di seluruh Vietnam dengan rantau Asia Pasifik. Khidmat penerbangan harian Vietjet di antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City membolehkan pelancong dari Malaysia menerokai tarikan utama di Vietnam dan juga pelbagai destinasi pelancongan global popular yang lain.

Vietjet juga menjadi perintis dalam penyelidikan dalam pembangunan bahan api penerbangan mampan (SAF), dengan tujuan menjadi syarikat penerbangan mesra alam yang menerajui teknologi dan inisiatif kemampanan.

Syarikat penerbangan tersebut telah menerima pelbagai anugerah, termasuk "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di Asia Tenggara" dan "Pengurusan Kewangan Terbaik-Penerbangan-Vietnam" daripada majalah International Finance; "Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik" dan "Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik" daripada AirlineRatings; dan telah tersenarai di antara 50 Syarikat Terbaik di Vietnam oleh Forbes pada tahun 2024

Baru-baru ini, Vietjet juga telah memperoleh dua kemenangan besar di Anugerah Pelancongan Dunia (World Travel Awards) 2024, yang memberikannya gelaran "Syarikat Penerbangan Asia dengan Pengalaman Pelanggan Terbaik" dan "Program Ganjaran Syarikat Penerbangan Asia Terbaik."

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3