SCENTS OF MALAYSIA 2024 BAKAL MENGHARUMKAN INDUSTRI WANGIAN TEMPATAN


Majlis pelancaran Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside Cafe, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). Majlis yang dihadiri oleh penggiat industri wangian, jenama-jenama mewah tempatan, rakan-rakan media dan blogger serta peminat-peminat wangian dari seluruh negara ini menandakan permulaan kepada sebuah acara yang bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia.

Scents of Malaysia 2024 dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat. Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi. Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyegarkan daripada semburan hijab, atau esen menenangkan daripada minyak aromaterapi, acara yang julung kali diadakan ini adalah platform terbaik untuk meneroka dan menikmati keseluruhan spektrum bau-bauan yang ditawarkan di Malaysia dalam pengalaman yang mengasyikkan dan penuh elegan.

Majlis pelancaran ini turut memperkenalkan barisan peserta yang bakal terlibat dalam SOM2024. Satu majlis penyerahan plak penghargaan telah diadakan untuk mengiktiraf sumbangan para peserta dalam memajukan industri wangian tempatan.

Dalam ucapan mereka, Pengarah LTEO Solution, penganjur acara ini, menzahirkan harapan dan keyakinan terhadap masa depan industri wangian tempatan.


Eddy Farah Mokhtar, Pengarah LTEO Solution berkata, "SOM2024 adalah platform untuk memperkenalkan jenama-jenama tempatan kepada dunia dan membuktikan bahawa produk Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa. Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini untuk memperkasakan industri wangian tempatan."


Mohd Fairus Mokhtar, juga Pengarah LTEO Solution, menambah, "Dengan sokongan Tourism Malaysia dan WTCKL, kami yakin bahawa SOM2024 bukan sahaja akan mempromosikan jenama tempatan, tetapi juga akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri perfumeri di Malaysia. Kami mengalu-alukan semua pihak untuk turut serta dalam acara yang berprestij ini."

Acara pelancaran ini menandakan permulaan kepada perjalanan yang lebih besar untuk SOM2024, yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Legar Putra, WTCKL. Dengan sokongan daripada pelbagai pihak, SOM2024 diharapkan dapat menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan untuk berkembang dan dikenali di persada antarabangsa.


Fakta Menarik SOM2024:
  • Menghimpunkan semua jenama wangian tempatan di satu tempat.
  • Mengumpulkan semua pencinta wangian di Malaysia.
  • Mewujudkan hab jenama wangian tempatan di Malaysia.
  • Menjadi tempat untuk jenama wangian tempatan memperkenal dan menjual produk mereka.
  • Lokasi pelancaran produk baharu oleh jenama wangian tempatan.
  • Membantu Tourism Malaysia mempromosikan tagline "Malaysia Truly Asia".
  • Membantu Tourism Malaysia mempromosikan pasaran, jenama dan produk tempatan.
  • Tourism Malaysia membantu mempromosikan industri perfumeri Malaysia.
  • Mempromosikan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai hab produk tempatan.
Ketahui maklumat lanjut dan perkembangan mengenai Scents of Malaysia 2024 dengan mengikuti akaun media sosial rasmi ScentsOfMalaysia di Facebook, Instagram dan Tiktok.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3