LEGAKAN KEGATALAN DALAM 5 MINIT DENGAN SEMBURAN PELEMBAP PENYEJUK SUU BALM BAHARU
Adakah anda sering mengalami kulit kering, gatal, atau sensitif semasa di luar rumah? Suu Balm memperkenalkan Suu Balm Cooling Moisturising Spray - semburan serbaguna yang melegakan kegatalan dengan segera dalam masa hanya 5 minit sahaja. Ini menjadikannya produk yang ideal untuk sesiapa yang sering mengalami gatal kulit atau yang ingin melembapkan kulit mereka dan pada masa yang sama mengalami rasa sejuk.
Diperkaya dengan mentol penyejuk semula jadi dan 5 jenis ceramide yang menyerupai ciri ceramide semulajadi kulit, Semburan Pelembap Penyejuk Suu Balm melembapkan dan memulihkan penghalang kulit dengan berkesan. Ia bebas daripada paraben, pengawet, dan pewangi, menjadikannya hipoalergenik dan mempunyai pH yang optimum untuk semua jenis kulit, termasuk yang paling sensitif.
Dibungkus dalam botol yang kecil lilitannya, semburan yang disahkan Halal ini sempurna untuk digunakan semasa berada di luar rumah, menampilkan formula ringan yang cepat menyerap dan tidak meninggalkan sisa berminyak. Untuk rutin penjagaan badan Suu Balm yang lengkap, mulakan dengan Pencuci Badan Krim (Cream Body Wash) dan Pelembap Kelegaan Gatal Segera (Rapid Itch Relief Moisturiser), dan gunakan Semburan Pelembap Penyejuk ini untuk penyegaran cepat atau kelegaan tambahan sepanjang hari!
“Berpegang kepada misi kami - dibuat untuk menenangkan, kami membawa format baharu kepada Pelembap Kelegaan Gatal Segera Suu Balm yang pernah memenangi anugerah dan sangat digemari oleh warga Malaysia. Dibangunkan oleh Pusat Kulit Nasional di Singapura melalui penyelidikan yang teliti yang diketuai oleh Dr Tey Hong Liang, format semburan baharu yang mudah digunakan ini menggunakan bahan-bahan yang efektif dan dipilih dengan teliti untuk memastikan kelegaan gatal yang lembut terhadap kulit dan menenangkan dalam masa hanya 5 minit!” kata Dr John O’Shea, Pengasas Bersama Suu Balm.
Semburan Pelembap Penyejuk Suu Balm kini boleh dibeli secara dalam talian melalui kedai rasmi Suu Balm di Shopee, Lazada, dan TikTok. Bagi mereka yang suka membeli-belah di kedai, ia kini boleh didapati di Big Pharmacy, Caring Pharmacy dan Guardian Malaysia dengan harga RM76.90.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, anda boleh melayari laman web di https://suubalm.com.my/ atau IG @suubalm_my.
Comments
Post a Comment