VIETJET TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% UNTUK TAMBANG DELUXE PENERBANGAN MERENTASI ASIA-PASIFIK
Berita baik untuk semua pelancong Malaysia! Vietjet sedang menawarkan diskaun sehingga 50% untuk tambang Deluxe bagi seluruh rangkaian penerbangannya yang meliputi Vietnam dan rantau Asia-Pasifik. Masa tempahan dan tarikh perjalanan adalah sah sehingga 20 November 2024.
Dengan harga tambang bermula dari hanya RM450 (harga sehala, termasuk semua yuran), para penumpang boleh menikmati pengalaman penerbangan premium yang menawarkan sehingga 20kg bagasi berdaftar percuma, pemilihan tempat duduk percuma dan perubahan jadual penerbangan percuma (tertakluk kepada terma dan syarat). Tiket-tiket boleh ditempah di www.vietjetair.com, aplikasi Vietjet Air, atau melalui ejen dan pejabat jualan yang sah di seluruh dunia.
Bagi mereka yang terbang dari Vietnam ke Melbourne, Sydney atau Brisbane, tiket tambang Deluxe disertakan dengan 40kg bagasi berdaftar, 10kg bagasi kabin dan kombo makanan dengan minuman. Di laluan lain, para penumpang dapat menikmati 20kg bagasi berdaftar dan 7kg bagasi kabin. Selain itu, ahli SkyJoy Vietjet boleh memperoleh sehingga 1,000 SkyPoints untuk transaksi melebihi VND1,000,000 (lebih kurang RM173), yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai hadiah daripada Vietjet dan lebih 250 jenama rakan kongsinya.
Para pelancong Malaysia boleh memanfaatkan penerbangan harian Vietjet antara Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City bagi memudahkan mereka untuk meneruskan perjalanan ke destinasi lain di Asia Pasifik. Sama ada untuk percutian singkat ke Vietnam atau sebagai transit untuk menerokai Australia atau Asia Timur Laut, Vietjet menawarkan penerbangan yang ideal dengan persinggahan yang mudah di Ho Chi Minh City dan Hanoi, dua metropolis yang terbesar di Vietnam.
Dalam usaha untuk mengembangkan rangkaiannya, Vietjet telah mula menjual tiket untuk penerbangan laluan baharu yang menghubungkan Da Nang, Vietnam ke Ahmedabad, India. Pernerbangan sulung laluan tersebut dijadualkan bermula bulan depan. Selain itu, syarikat penerbangan Vietjet bakal meningkatkan kekerapan penerbangan ke bandar-bandar Asia Timur Laut, termasuk Busan, Nagoya, Hong Kong, Taipei, Taichung dan Kaohsiung untuk memenuhi permintaan di musim perayaan akhir tahun dan tahun baharu.
Dengan adanya promosi tambang Deluxe Vietjet, inilah masa yang paling ideal untuk keluar bercuti dan menikmati keindahan destinasi di Asia-Pasifik sambil mencipta kenangan yang sukar untuk dilupakan!
Comments
Post a Comment