BROTHER INTERNATIONAL MALAYSIA MELAKSANAKAN INISIATIF PEMBERSIHAN PANTAI DAN PERLINDUNGAN PENYU UNTUK MEMPERJUANGKAN KESEDARAN DAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR


Brother International Malaysia baru-baru ini telah memulakan misi untuk melindungi hidupan marin dan memelihara ekosistem tempatan melalui Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 'Save the Turtle.' Aktiviti yang diadakan di Terengganu dan Pahang itu menyaksikan 25 orang warga kerja syarikat tersebut - termasuk Pengarah Urusan, Encik Tsutomu Takaki yang turut turun padang untuk membersihkan kawasan pantai dan melepaskan anak-anak penyu (Penyu Agar) bagi menggalakkan spesis terancam ini kembali ke dalam lautan.

Syarikat Brother International diiktiraf sebagai salah satu pembekal terkemuka dalam rangkaian produk peralatan pejabat dan perniagaan rumah, produk menjahit, membuat kraf tangan, dan juga produk penyelesaian industri yang merevolusikan cara menjalani kehidupan, bekerja dan berkarya. Sebagai jenama global, organisasi ini memberikan keutamaan dalam kelestarian dan kemampanan alam sekitar.

Oleh itu, inisiatif tersebut adalah sebahagian kecil daripada usaha keseluruhan syarikat yang sejajar dengan Wawasan Alam Sekitar 2050 untuk menangani cabaran kritikal seperti perubahan iklim, kemerosotan sumber alam dan kemusnahan ekosistem.


Usaha pembersihan pantai dalam inisiatif CSR ini bertumpu di kawasan pantai di Cherating. Berbekalkan sarung tangan dan beg sampah, pasukan tersebut telah berjaya mengumpulkan kira-kira 160 kilogram sampah - kebanyakannya plastik yang menjadi sisa, punca pencemaran hidupan marin.

Acara kemuncak telah berlangsung di Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah di mana 50 ekor anak Penyu Agar telah dilepaskan ke laut. Para peserta program turut membantu melancarkan proses pelepasan anak-anak penyu tersebut ke laut dalam. Acara yang ringkas tetapi penuh makna ini mengukuhkan lagi komitmen berterusan Brother International terhadap pemuliharaan hidupan marin.

Walaupun inisiatif terbaharu ini memberi impak serta-merta terhadap kebersihan pantai Cherating dan pemeliharaan hidupan liar tempatan, matlamat jangka panjang acara ini adalah untuk memberi inspirasi kepada setiap peserta untuk meneruskan amalan kelestarian apabila pulang ke rumah masing-masing. Aktiviti amali menawarkan bimbingan yang tidak ternilai tentang kesan buruk pencemaran plastik dan kepentingan pemeliharaan biodiversiti bagi mencetuskan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar yang lebih mendalam di kalangan warga kerja syarikat tersebut.

Brother International Malaysia kekal komited untuk mengekalkan usaha CSRnya. Berikutan kejayaan aktiviti pemuliharaan penyu, syarikat tersebut telah merancang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif, termasuk penanaman pokok, bengkel kelestarian, dan kempen kesedaran. Perlindungan flora dan fauna.


Pada bulan November kelak, Brother International Malaysia akan menyertai satu lagi aktiviti yang penuh bermakna dalam acara "Relay For Life", sebuah acara amal komuniti untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit kanser dan inisiatif pencegahan penyakit tersebut. Usaha serampang dua mata ini memberikan fokus terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar ini yang menjadi komitmen menyeluruh syarikat tersebut untuk memberi impak positif kepada seluruh umat manusia dan juga planet yang kita diami ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Brother International Malaysia, sila layari www.brother.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?