AIR SUPPLY MASIH MENYENGAT DENGAN 'THE LOST OF LOVE EXPEREINCE TOUR" DI RESORTS WORLD GENTING
Menjelang sambutan Krismas yang bakal tiba, Genting Highlands telah diwarnai dengan kemunculan semula duo rock ikonik Australia tahun 80-an, Air Supply! Pada 15 Disember 2024, mereka menghiburkan peminat setia di Arena of Stars, Resorts World Genting, sebagai sebahagian daripada konsert jelajah "The Lost in Love Experience Tour".
Air Supply yang dianggotai oleh Russell Hitchcock (vokal) dan Graham Russell (gitar, vokal) telah ditubuhkan pada tahun 1975, masih ligat di pentas dengan lagu-lagu hits mereka yang malar segar!
Konsert ini membawa penonton mengimbau nostalgia dan kenangan indah. Dengan "Sweet Dreams" sebagai pembuka tirai, suasana di dalam arena terus bergema dengan nyanyian penonton mengiringi persembahan Air Supply.
Setiap lirik yang dinyanyikan oleh Air Supply disambut dengan penuh semangat oleh penonton. Kehangatan di pentas semakin terasa apabila mereka mendendangkan "Even the Nights". Suara merdu Russell Hitchcock masih menyengat, walaupun beliau kini telah berada di dalam lingkungan usia 70-an.
Bukan sekadar vokal yang memukau, band pengiring yang berbakat dalam konsert ini juga sangat mengagumkan. Kombinasi gitar, keyboard, dan drum menghasilkan nuansa musik yang kaya dan dinamik, membuat setiap lagu terasa istimewa
Lagu-lagu seperti "Lost in Love" dan "Making Love" berjaya menggerakkan seluruh penonton untuk turut sama menyanyi dan bertepuk tangan. Interaksi antara band dan penonton juga terjalin dengan baik sepanjang persembahan.
Konsert malam itu membuktikan bahawa muzik Air Supply kekal relevan dan mampu menyentuh hati. Setiap lagu yang dipersembahkan membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan mereka.
Persembahan encore dengan "Without You" dan "All Out of Love" melengkapkan malam persembahan "Lost in Love" yang tidak dapat dilupakan.
Foto ihsan Resorts World Genting.
Comments
Post a Comment