ALAMI KERIANGAN ‘COCOMELON CHRISTMAS PLAYLAND’ DI PAVILION BUKIT JALIL


Pavilion Bukit Jalil membawakan keriangan musim percutian Krismas dengan ‘CoComelon Christmas Playland’ bagi seisi keluarga untuk membeli-belah, menjamu selera dan bergembira. Sehingga 29 Disember 2024, Centre Court telah diubah menjadi dunia impian setiap kanak-kanak – sebuah wonderland berinspirasi CoComelon yang menampilkan inflatable JJ gergasi, pokok Krismas yang cantik, serta bintang dan hiasan yang gemerlapan. Ia adalah tempat di mana keajaiban musim percutian Krismas menjadi nyata, memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi sebahagian daripada dunia CoComelon yang selalu mereka impikan!


[dari kiri] Encik Patrick Liau, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT; Encik Steven Su, Penolong Naib Presiden, UOB; Dato' Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit, Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd; dan Encik Ivan Wong – Pengarah Serantau Moonbug Asia di pelancaran Krismas CoComelon di Pavilion Bukit Jalil
.
CoComelon Christmas Playland yang mengasyikkan di Pavilion Bukit Jalil

Pengembaraan bertema percutian ini memberi peluang kepada si comel untuk memanjat, merangkak, dan melompat-lompat sambil menerokai dunia CoComelon yang penuh inspirasi dan imaginasi! Mereka juga boleh mengembara sendiri, mengumpulkan setem dan pelekat dalam buku aktiviti khas untuk mencipta kenangan manis. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Kedai Pop-Up CoComelon, yang menawarkan mainan dan koleksi eksklusif yang sangat sesuai dijadikan hadiah perayaan.


Aktiviti di Playland boleh dinikmati dengan membeli buku aktiviti—berharga RM18 setiap buku, atau RM10 untuk Ahli Kad UOB. Tambahan lagi, pembeli yang membelanjakan RM150 di Kedai Pop-Up CoComelon boleh menikmati kemasukan percuma dan buku aktiviti percuma!

Menambahkan lagi keceriaan, Pavilion Bukit Jalil menganjurkan Perarakan Krismas CoComelon pertama di dunia setiap hujung minggu dari 23 November hingga 22 Disember 2024 serta pada 24 dan 25 Disember 2024. 

Anda boleh menyaksikan elf dan watak-watak CoComelon yang digemari ramai menari sambil berarak di sekitar pusat beli-belah tersebut. Ambil gambar buat kenangan di sesi meet-and-greet dengan harga RM38, lengkap dengan Bingkai Percutian CoComelon eksklusif. Ahli Kad UOB mendapat akses keutamaan melalui lorong khas!



Pembeli boleh merasai semangat perayaan di Pasar Krismas di Aras 2, Zon Pink, yang dipenuhi dengan hadiah unik, hiasan perayaan, dan keperluan menyambut Krismas. Dapatkan pelbagai juadah di Bestore December Delights Pop-Up, atau dapatkan mainan, alat tulis, dan banyak lagi di Toy World Toywonderland Pop-Up (Zon Oren). Beli hadiah dan keperluan akhir tahun di H&M, KKV, Montigo, dan elala yang baru dibuka, serta nikmati masa berkualiti bersama rakan-rakan dan orang tersayang di Good Times DIY Lifestyle Studio dan Game On Sports Hub.


Ganjaran Pembeli di Pavilion Bukit Jalil menampilkan barangan CoComelon

Jadikan musim percutian anda lebih berbaloi dengan barangan eksklusif CoComelon! Belanja RM300 untuk mendapatkan Beg Tote CoComelon, RM500 (Ahli Kad UOB) untuk menerima Bantal CoComelon, atau RM1,000 (Ahli Kad UOB) untuk Termo Flask CoComelon. Ahli Pavilion Privileges juga boleh menikmati khidmat membungkus hadiah percuma di Aras 4, Zon Pink.


Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘CoComelon Christmas Playland’ di Pavilion Bukit Jalil, layari www.pavilion-bukitjalil.com, dan ikuti Facebook, Instagram atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3