HOLIDAY INN KUALA LUMPUR BANGSAR BAKAL DIBUKA 16 DISEMBER INI


Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar, hotel terbaru dalam landskap perhotelan yang meriah di Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasmi pada 16 Disember 2024 ini. Ia menawarkan penginapan untuk urusan kerja dan juga liburan dengan daya tarikan tersendiri yang moden di salah satu lokasi yang menjadi tumpuan di bandar raya ini.


Sebagai sebahagian daripada IHG Hotels & Resorts, Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar direka untuk memberikan pengalaman unik yang sukar untuk dilupakan bagi para tetamu dari semua peringkat umur. Dengan adanya kemudahan terkini, pilihan makanan yang terbaik, dan merupakan hotel Holiday Inn pertama di Kuala Lumpur yang memperkenalkan konsep Lobi Terbuka – sebuah ruang kontemporari, terbuka, meriah, dan mesra yang ideal untuk berehat, bekerja dan bersosial, hotel ini mengalu-alukan ketibaan tetamu untuk menikmati hospitaliti Malaysia yang terkemuka.


“Kami merasa sangat teruja untuk mengalu-alukan ketibaan salah satu jenama hotel yang paling dikenali ramai di dunia iaitu Holiday Inn oleh IHG, di Bangsar, Kuala Lumpur,” kata Timothy Wong, Pengurus Besar di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar. “Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar akan menjadi tempat tumpuan ramai untuk meraikan detik-detik yang penting. Pasukan kami teruja untuk menawarkan persekitaran yang bukan sahaja menyenangkan tetapi juga mesra kepada para tetamu tempatan dan juga antarabangsa. Pada keseluruhannya, kami ingin memastikan tetamu kami mempunyai sebuah tempat untuk mencipta kenangan, menjamu selera dengan hidangan yang luar biasa, dan menikmati gabungan keselesaan dan fleksibiliti yang tiada tandingannya di Bangsar.”


Tempat Ideal untuk Bertemu, Menjamu Selera dan Bersantai

Direka untuk keselesaan menggunakan teknologi terkini, 220 bilik tetamu di bangunan 10 tingkat ini dilengkapi dengan mesin air minuman bersih, tempat pengecasan bersepadu, pilihan kelengkapan tempat tidur premium, dan perkhidmatan bilik 24 jam. Antara ciri-ciri istimewa Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar yang serba baharu ini adalah konsep Lobi Terbuka di Tingkat 1; ruang serba guna yang meriah untuk berehat, bekerja, atau bersosial, mewujudkan suasana mesra untuk tetamu berinteraksi dengan selesa.

Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar juga menawarkan pelbagai jenis bilik untuk kegunaan mesyuarat dan acara perniagaan, dengan lima buah bilik mesyuarat yang fleksibel dan luas, dilengkapi dengan projektor definisi tinggi dan sistem audio yang canggih. Untuk majlis yang lebih besar, dewan utama, Grand Podium menawarkan kapasiti sehingga 600 orang tetamu dan dilengkapi dengan skrin LED format besar yang canggih, ideal untuk persidangan, seminar, dan makan malam gala.

Cita Rasa Untuk Dinikmati

Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar menawarkan pilihan tempat makan yang unik. Clover Restaurant, yang terletak di Tingkat 1, menyajikan pelbagai hidangan kegemaran Malaysia dengan tumpuan pada masakan Perak. Ia menyajikan sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Untuk mereka yang sibuk, ruang istirahat Pitstop menyajikan kudapan dan minuman panas yang boleh dibungkus untuk dinikmati dalam perjalanan.


Keseronokan Mesra Keluarga

Dengan adanya program ‘Kids Stay & Eat Free’ yang sangat digemari ramai, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh menginap dan makan secara percuma. Ini menjadikan hotel ini satu pilihan yang menarik untuk percutian keluarga. Dilengkapi sepenuhnya dengan pusat kecergasan 24 jam dan kolam renang dengan pemandangan yang indah, Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar membolehkan para tetamunya untuk berehat, bersantai, dan mencipta kenangan yang bermakna bersama keluarga. Dengan lokasi yang strategik dan dedikasi untuk menyediakan pengalaman penginapan berkualiti untuk semua, Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar membawa sentuhan yang baharu kepada landskap hospitaliti tempatan. Jauhnya yang hanya 5 minit dengan berjalan kaki dari stesen LRT Bangsar menjadikannya sebuah tempat yang ideal untuk meraikan detik istimewa dengan orang tersayang, atau berehat selepas menghadapi urusan seharian di kota yang sibuk ini. Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar adalah sebuah hotel yang indah, tenang, selesa dan bergaya di mana tetamu boleh merasai suasana umpama di rumah sendiri.


Tempah penginapan di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar mulai 16 Disember 2024.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari laman web Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar di https://holidayinn.com/kualalumpur, hubungi talian +603 6433 9900, emel reservations@hibangsar.com, atau ikuti laman Instagram di www.instagram.com/holidayinnbangsar.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3