“LIGHT SHOP” - SIRI ORIGINAL KOREA PALING POPULAR TAHUN 2024 DI DISNEY+ HOTSTAR


Light Shop, siri terbaru dari pencipta Moving, Kangfull, telah mencipta rekod sejak kemunculannya awal bulan ini, menjadi tayangan perdana siri original Korea paling popular di Disney+ Hotstar di seluruh dunia pada 2024, berdasarkan jumlah tontonan dalam tempoh 12 hari.

Siri ini juga telah menjadi tayangan perdana siri original Korea kedua terbesar dalam sejarah di Disney+ Hotstar di seluruh dunia, berdasarkan jumlah tontonan dalam tempoh 12 hari, kedua hanya selepas Moving.

Pertama kali ditayangkan pada 4 Disember lalu, Light Shop adalah siri lapan bahagian yang mengikuti kisah orang, masing-masing bergelumang dengan peristiwa traumatik dari masa lalu mereka. Dalam menjalani kehidupan harian, mereka menyedari ada sesutau yang tidak kena dan tidak diketahui puncanya. Terdesak untuk mencari jawapan dan mencari jalan kembali kepada normal, mereka  tertarik ke sebuah kedai lampu misteri di hujung sebuah lorong yang menakutkan. Penuh dengan misteri dan kejutan, Light Shop membawa penonton dalam pengembaraan emosi melalui premisnya yang unik dan menyayat hati.

Tonton kesemua lapan episod Light Shop hari ini, hanya di Disney+ Hotstar.

Ikuti Disney+ Hotstar untuk kemas kini program menarik 

X: @DisneyPlusMY
Instagram: @DisneyPlusHotStarMY
Facebook: @DisneyPlusHotStarMY
TikTok: @DisneyPlusMYHashtag: #DisneyPlusHotstarMY

Comments

Popular posts from this blog

SAMBUTAN HARI PEKERJA SEDUNIA BERSAMA FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE UNTUK MENINGKATKAN PERMINTAAN PELAWAT DAN MENYOKONG EKONOMI TEMPATAN

"BANGUN, KL! KE ARAH KL YANG LEBIH SEJAHTERA" ZUS COFFEE DENGAN KERJASAMA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN MEMPERKENALKAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN 2026 UNTUK KL DAN PUTRAJAYA

AEON CARNIVAL EXTRAVAGANZA 2026: BELANJA, MENANG & BERGEMBIRA!