SIRI ANIMASI KOMEDI PENGEMBARAAN "SATRIA CHIBI" BAKAL BERSIARAN DI RTM MULAI 22 DISEMBER INI


Penuhi waktu terluang anda untuk menyaksikan tayangan animasi terbaharu, “Satria Chibi” terbitan Funcel Sdn Bhd yang menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 22 Disember ini, setiap Ahad, pukul 12.00 tengah hari di saluran Okey dan RTMKlik.

Animasi komedi pengembaraan yang menampilkan tujuh watak luar biasa yang tinggal di Melaka ini hadir dengan daya tarikannya yang tersendiri kerana menonjolkan watak-watak yang dekat di hati penonton. Mereka unik, lucu, sukakan cabaran dan pintar.

Ia mengetengahkan sisi watak utama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir, Lekiu, Putri dan Teja merupakan kawan rapat yang berguru dengan Adi Putra. Mereka suka melakukan aktiviti pengembaraan, persaingan jenaka, serta usik-mengusik antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, mereka turut membawa penonton meneroka ke tempat-tempat yang menarik yang ada di alam Tanah Melayu.

Meminjam suara Aida Amir sebagai Tuah, Adibah (Jebat), Saidil (Kasturi), Denial (Lekir) dan Nur Jannah menghidupkan watak Lekiu, saksikan siri animasi ini di saluran Okey atau di RTMKlik.

Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

IQOO NEO 10 DILANCARKAN DENGAN CIP BERKEMBAR BERTARAF MERCU, MENAWARKAN PRESTASI LUAR BIASA DAN HAYAT BATERI TERBAIK DALAM INDUSTRI

ZURICH TAKAFUL MEMPERKENALKAN TAKAFUL PROASPIRE UNTUK MEMPERKASA PERANCANGAN KEWANGAN JANGKA PANJANG YANG LEBIH BIJAK DAN FLEKSIBEL