THE BRAND NEW HEAVIES MENGUMUMKAN JELAJAH ‘BROTHER SISTER 30’ DI MALAYSIA
Lagenda funk dan pelopor Acid Jazz, The Brand New Heavies, kini membawakan Jelajah ikonik ‘Brother Sister 30’ ke Kuala Lumpur tahun hadapan (2025). Ia bagi meraikan ulang tahun ke-30 album yang pernah menggemparkan industri musik Antarabangsa, iaitu Album Brother Sister.
Persembahan yang pasmelalui Ticketek Malaysia di lelaman berikutdi di Zepp Kuala Lumpur pada 11 Februari 2025, sekaligus memberi peluang kepada peminat setia kumpulan ini untuk menyaksikan gabungan jazz, funk, dan soul yang merupakan lambang atau ‘signature’ mereka. Tiket boleh dibeli melalui Ticketek Malaysia di halaman berikut: https://bit.ly/tbnhmp.
Setelah dilancarkan pada tahun 1994, album ketiga The Brand New Heavies, ‘Brother Sister’, telah membawa perubahan besar kepada kumpulan ini. Lagu-lagu klasik seperti Dream On Dreamer, Midnight At The Oasis, dan Back To Love dalam album ini telah berjaya mencipta kejayaan besar (kedudukan No. 4 dalam carta UK, dengan jualan melebihi satu juta salinan dan pencalonan BRIT) serta mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju Acid Jazz.
Sehingga kini, genre musik ini masih didengari dan sentiasa diminati. The Brand New Heavies kini meraikan ulang tahun ke-30 album ini dengan pengumuman Jelajah ‘Brother Sister 30’.
Jelajah ini akan menampilkan ahli asalnya Andrew Levy dan Simon Bartholomew, bersama vokalis fenomenal Angela Ricci. The Brand New Heavies akan mempersembahkan secara keseluruhan ‘Brother Sister’, dengan membawakan lagu-lagu hits dan kegemaran peminat dengan iringan band secara live.
Menurut kumpulan ini: “Kami tidak percaya Brother Sister sudah berusia 30 tahun! Jelajah ini ialah cara yang terbaik untuk kami meraikannya bersama penonton yang telah menyokong kami dengan rangkaian lagu-lagu dari album ini.”
Sejak debut pada tahun 1990, The Brand New Heavies telah menampilkan cinta mereka terhadap irama funk 70-an yang sofistikated dan menjadikan ia irama yang sentiasa berkembang dalam genre muzik.
Kejayaan besar mereka menerusi ‘Brother Sister’ diteruskan dengan album susulan Shelter, yang turut mencatatkan kejayaan bagi album Platinum Top 5 yang menampilkan lagu-lagu hits seperti Sometimes, You Are The Universe, dan versi mereka bagi You’ve Got A Friend. Legasi mereka terus berkembang dengan album-album yang gempak sejak itu, termasuk TBNH pada 2019 yang menampilkan rakaman pertama mereka bersama Angela Ricci.
Pada tahun 2023, The Brand New Heavies memasuki era penemuan semula dengan pelancaran ‘Never Stop… The Best Of’. Mereka juga memulakan Jelajah 'Never Stop… The Greatest Hits' yang habis dijual, disertai oleh London Concert Orchestra.
Ikuti Ticketek Malaysia di Facebook dan Instagram untuk kemas kini terkini:
Comments
Post a Comment