THE ORDINARY TAMPILKAN TIGA SET HADIAH EKSKLUSIF UNTUK MUSIM PERAYAAN INI
Sempena musim perayaan yang tiba, The Ordinary telah memperkenalkan tiga set penjagaan kulit eksklusif untuk mereka yang ingin memberikannya sebagai hadiah kepada orang tersayang mahupun diri sendiri. Tiga set baru ini menawarkan rawatan untuk pelbagai masalah kulit dengan ciri untuk menambahkan penghidratan, pencerahan, dan pengelupasan.
Set-set ini menampilkan padanan produk atau regimen penuh yang boleh digunakan seadanya atau ditambah ke dalam rutin penjagaan kulit yang sedia ada. The Mini Discovery atau The Hydrate & Brighten Set adalah sesuai untuk mereka yang mula berjinak-jinak dengan produk penjagaan kulit.
The Glycolic Acid Set
Harga: RM 185
Eksklusif di Sephora
The Mini Discovery Set
Menampilkan enam produk/ formulasi dalam saiz percubaan.
RM 91
Eksklusif di Sephora
The Hydrate & Brighten Set
Harga: RM 208
Eksklusif di Zalora
Untuk maklumat lanjut, layari The Ordinary.
Media Sosial:
Instagram: @THEORDINARY
Laman Web: THEORDINARY.COM
Comments
Post a Comment