MEDIA PRIMA RANCAKKAN KEMERIAHAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN ‘SEMPURNA SEKALI’


Tahun ular bakal tiba dengan gaya baharu! Media Prima menggegarkan Tahun Baharu Cina 2025 dengan kempen ‘Sempurna Sekali’, bersama dua maskot iaitu Hoseh dan Waseh yang membawa harapan dan keceriaan kepada semua. Bersedia untuk berhibur dengan pelbagai program hebat dan aktiviti menarik yang pastinya akan memeriahkan tahun baharu anda!

Kempen ‘Sempurna Sekali’ ini diterajui oleh 8TV, saluran bahasa Cina No. 1 di Malaysia dan disokong oleh rakan rasmi pelbagai platform seperti saluran radio Eight FM, portal video Tonton, laman portal Rojaklah, Viralcham dan Tantannews (TTN) serta rangkaian beli-belah WOWSHOP. Majlis pelancaran yang berlangsung pada 26 November lalu telah memperkenalkan tema kempen dan barisan program menarik, menjanjikan sambutan Tahun Baharu Cina yang luar biasa serta penuh dengan kemeriahan!

Tahun ini, sambutan Tahun Baharu Cina di Media Prima lebih rancak dengan memperkenalkan dua maskot iaitu Hoseh dan Waseh yang masing-masing melambangkan kekayaan dan kebahagiaan. Ular merupakan lambang kebijaksanaan dalam budaya Cina, ular juga simbol kepada perubahan dan kecekalan. Jadi, kempen ini bertujuan berkongsi mesej - mesej positif untuk menyambut tahun baharu dengan semangat tinggi, sentiasa bersabar dan bersifat fleksibel untuk berhadapan pelbagai cabaran hidup.


Barangan edisi terhad Hoseh dan Waseh kini berada di pasaran! Daripada plush toy, gelang kunci, tote bag, t-shirt, cop, tuala hingga sarung kaki, semuanya tersedia untuk menceriakan sambutan tahun baharu anda. Dapatkan sekarang di Kedai Buku Popular ataupun menerusi laman web dan platform e-dagang mereka. Cepat, sementara stok masih ada!

Sebagai sebahagian daripada kemeriahan kempen ‘Sempurna Sekali’, Media Prima mempersembahkan lagu tema yang unik ‘蛇全蛇美 Hoseh Liao (Shé-Quan-Shé-Mei Hoseh Liao)’, dengan kolaborasi 26 CNY Buddies yang terdiri daripada pengacara TV, penyampai berita, dan penyampai radio terkenal. Dengan gabungan elemen K-pop dan tarian tangan yang trendy, lagu ini pasti mencuri perhatian, terutamanya dalam kalangan generasi muda. Antara selebriti popular yang menyinari projek ini termasuklah Owen Yap, Gary Yap, Rickman Chia, Orange Tan, dan ramai lagi.

Istimewa untuk tahun ini, 8TV buat pertama kalinya memperkenalkan Pertandingan MV Kreatif, dan penyertaannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghasilkan MV kreatif berdasarkan lagu tema ‘蛇全蛇美 Hoseh Liao’. Pertandingan ini bertujuan mencetuskan inspirasi kreatif dan membawa kemeriahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Pertandingan dibuka hingga 7 Januari 2025! Peserta hanya perlu imbas kod QR, muat turun lagu, dan hasilkan MV kreatif untuk berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM20,000! Ayuh sertai dan sama-sama memeriahkan Tahun Baharu Cina di samping mencipta memori yang unik dan bermakna!

Pada tahun ular ini, 8TV menyajikan pelbagai program menarik, termasuk drama dan rancangan tempatan dan luar negara, serta filem popular untuk hiburan penonton sepanjang perayaan.

Drama Whimsical Elf Five menampilkan pelakon - pelakon baharu dan muda seperti Emily Chua, Victoria Ng, Minsley Chin, Xair Pang, dan Song Tan. Kisah ini membawa penonton menyusuri perjalanan lima orang gadis muda yang menghadapi cabaran luar biasa dan akhirnya bersatu membentuk kumpulan Elf 5. Sementara itu, drama My Star Family musim kedua bersama Emily Chan mengikuti kisah penuh komedi tentang keluarga selebriti yang belajar menghargai erti sebenar perayaan dan kasih sayang keluarga di sebalik pelbagai cabaran hidup.

Kemunculan semula CNY Fun Together 2025 pastinya membawa keterujaan yang dinanti! Selepas kejayaan tahun sebelumnya, program ini sekali lagi menjelajah ke pelbagai lokasi seperti Rawang, Sungai Buloh, Yong Peng, Melaka, Pulau Pinang, Sungai Petani, Kuala Terengganu dan Kuantan, menyemarakkan suasana perayaan bersama penduduk tempatan.

Program amal Jasmine Project Love kembali untuk musim kedua, menampilkan kisah penuh inspirasi. Dalam episod khas Tahun Baharu Cina 2025, Ong Ching Yee, Owen Yap, dan Chan Wei Wei akan menyambut perayaan bersama golongan istimewa di Beacon Life Training Centre.

Selain itu, CNY Showdown 2025 pada malam hari pertama Tahun Baharu Cina pula bakal menjanjikan hiburan hebat dengan persembahan istimewa dan cabaran angpau bersama selebriti. Program menarik lain yang turut memeriahkan suasana termasuklah A New Journey CNY Special, Ho Chak! CNY Special, As You Wish 2025, dan CNY Feng Shui 2025.


Kempen ‘Sempurna Sekali’ ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan - rakan penaja Kinohimitsu, Loong Kee Dried Meat, Ensure Gold, Jasmine Food, Follow Me, Darlie, 100PLUS, KHK Land, Ebene,Karta, Old Town White Coffee, Pokka, Redbull dan Warrior.

Layari akaun rasmi media sosial 8TV di Facebook @8TVbadukongjian, Instagram @8tvmalaysia dan juga Facebook & Instagram @bestoflocal8TV untuk mengetahui maklumat lanjut tentang kempen CNY 2025. Hangatkan perbualan anda di platform sosial media dengan #CNYHoSehLiao.

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3