PAVILION BUKIT JALIL RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN SAMBUTAN MERIAH BERTEMAKAN PROSSSPERITY. TOGETHER
Pavilion Bukit Jalil menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dengan kemeriahan Prosssperity. Together. dari sekarang hingga 16 Februari 2025. Mencipta detik indah bersama keluarga dan rakan-rakan, pusat beli-belah ini menjadi destinasi tumpuan sambutan meriah, menggabungkan tradisi Tahun Baharu Cina dengan persembahan kebudayaan menakjubkan, hiasan menarik , serta ganjaran istimewa sempena musim perayaan.
Tumpuan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini adalah Kejohanan Tarian Singa Malaysia 2025, yang kini berlangsung sehingga 5 Januari 2025 di PIAZZA. Acara berprestij ini menampilkan 50 pasukan elit dari Malaysia dan luar negara mempersembahkan rutin tarian singa yang mengagumkan dalam merebut gelaran juara. Acara ini turut mempamerkan bakat dan tradisi adat, memberi pengunjung peluang istimewa menyaksikan persembahan tarian singa bertaraf dunia dan menjadikan Pavilion Bukit Jalil berbeza daripada destinasi beli belah yang lain.
Suasana meriah di pusat beli-belah ini semakin menyerlah dengan kehadiran beberapa kedai baharu yang menarik. Peminat fesyen, hiburan, dan penggemar makanan boleh terokai pelbagai tarikan baharu dalam kepelbagaian jenis kedai di pusat beli-belah ini antaranya The Colorist, Top Toy, ChaPanda, Beneunder, Plan.B Studio, Nong Geng Ji Hunan Cuisine (tidak halal), dan banyak lagi. Kedai-kedai ini menawarkan pelbagai tawaran menarik, daripada fesyen kontemporari dan produk gaya hidup hingga ke masakan asli, menjadikannya tempat yang terbaik untuk membeli-belah sempena musim perayaan.
Musim perayaan ini, raikan kegembiraan yang tiada tandingan dengan watak-watak kegemaran ramai Disney yang bersatu dengan tradisi Tahun Baru Cina. Ruang legar utama Pavilion Bukit Jalil dihias menjadi tarikan yang menarik, dipenuhi dengan dekorasi yang memukau, pelbagai momen menggamit memori dan kenangan istimewa yang tidak dapat dilupakan. Nantikan lebih info mengenai kolaborasi menarik ini, yang pastinya membawa sentuhan kegembiraan kepada sambutan Tahun Baru Cina anda!
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi Sambutan Tahun Baru Cina 2025 Pavilion Bukit Jalil, layari laman web rasmi kami di www.pavilion-bukitjalil.com, ikuti kami di Facebook dan Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833. Jadikan Pavilion Bukit Jalil destinasi anda pada Tahun Baru Cina ini dan cipta detik-detik indah yang tidak dapat dilupakan!
Comments
Post a Comment