RAIKAN TAHUN ULAR DENGAN GAYA HEBAT KOLEKSI PAKAIAN TAHUN BARU CINA 2025 DARI SKECHERS


Bersedialah untuk menyambut Tahun Ular dengan gaya hebat! Skechers, the Comfort Technology Company™ dan peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi, melancarkan koleksi pakaian eksklusif Tahun Baru Cina yang direka untuk dewasa dan kanak-kanak. Sesuai untuk pakaian keluarga atau pasangan trendy, koleksi ini menggabungkan gaya meriah dengan keselesaan untuk bertandang ke rumah terbuka dan sesi "yee sang".

Melangkah dengan bergaya di Tahun Baru Cina dengan rekaan yang versatil, termasuk baju T lengan pendek, baju polo, dan gaun tanpa lengan, yang direka untuk memudahkan koordinasi sedondon merentas generasi. Diperbuat daripada fabrik gabungan kapas premium, polyester, dan elastane, koleksi ini menawarkan kelembutan dan pengudaraan yang tiada tandingan, sesuai untuk bersantai di dalam rumah atau kekal bergaya sepanjang cuaca panas Malaysia, di dalam dan luar musim perayaan.

Knit Short Sleeve T-shirt, RM119. Tersedia dalam warna White Alyssum, Off White / Navy Stripe, dan Chinese Red

Knit Short Sleeve T-shirt, RM119. Tersedia dalam warna White Alyssum, Off White / Navy Stripe, dan Chinese Red

Knit Short Sleeve Polo Shirt, RM179. Tersedia dalam warna Navy Peony and Chinese Red

Knit Short Sleeve T-Shirt, RM119. Tersedia dalam warna Chinese Red, White Alyssum, dan Navy Red Stripe

 Knit Sleeveless Dress, RM179.  Tersedia dalam warna Navy Peony dan Chinese Red

Koleksi Kanak-kanak (Harga bermula dari RM99)


GANJARAN EKSKLUSIF TAHUN BARU CINA DARIPADA SKECHERS

Bermula dari 1 Januari 2025, pembeli yang membelanjakan minimum RM300 di kedai Skechers terpilih akan menerima satu set* angpao enam pek yang eksklusif – sementara stok masih ada.


Angpao ini menampilkan rekaan menarik dengan tiga kucing bertuah yang memakai topi ular, masing-masing memegang simbol tuah: satu dengan jongkong emas, satu dengan buah limau, dan yang terakhir dengan syiling Cina.

Setiap angpao juga dicetak dengan ucapan tradisional Tahun Baru Lunar, "招财进宝," yang melambangkan kemakmuran, kekayaan, dan kejayaan untuk tahun baru, menambah lagi tuah kepada perayaan musim ini.


Tambahan lagi, mereka yang membelanjakan RM550nett atau lebih di mana-mana kedai konsep Skechers akan menerima blind box* yang mengandungi patung kucing bertuah dengan PERCUMA, selain daripada angpao!

Berharga dari RM99, Koleksi Tahun Baru Cina Skechers boleh didapati mulai 26 Disember 2024 di kedai konsep Skechers terpilih, termasuk The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.SKECHERS.com.my dan ikuti laman Facebook (facebook.com/Skechersmalaysia) dan Instagram (@skechersmalaysia)

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3