JOM IFTAR! DI RESTORAN LESUNG, FAIRFIELD BY MARRIOT KUALA LUMPUR CHOW KIT


Bulan Ramadan yang penuh keberkatan bakal tiba tidak lama lagi. Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Chow Kit ingin menjemput anda untuk merasai pengalaman berbuka puasa yang istimewa di restoran Lesung menerusi bufet Ramadan "Jom Iftar!".


Sajian Tradisional yang Menambat Selera

Dengan tema "Jom Iftar!", bufet ini mengetengahkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia yang pastinya akan membangkitkan selera anda. Nikmati hidangan pembuka selera seperti kerabu, hidangan utama Melayu klasik, dan hidangan pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional.




Antara hidangan menarik yang disajikan:

Hidangan Istimewa: Royale Ayam Percik & Kambing Golek Seri Panggang
Stesen 'Live-Action': Char Kuey Teow Berapi, Cendol Manis Chow Kit & banyak lagi
Pemanis Mulut: Pelbagai kuih-muih Melayu, agar-agar, dan aneka buah-buahan tropika

Lebih menarik lagi, hotel ini kini diperakui halal, jadi anda boleh menikmati hidangan yang disediakan tanpa was-was.


Promosi Istimewa Menanti Anda

Bufet Ramadan "Jom Iftar!" akan berlangsung di Lesung, Aras 2, Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Chow Kit bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025. Harga bufet adalah seperti berikut:
Dewasa (12 tahun ke atas): RM138 nett
Kanak-kanak (4-11 tahun): RM68 nett


Jangan lepaskan promosi menarik yang ditawarkan:

Promosi 'Early Bird': RM118 nett bagi dewasa (tersedia dari 4 Februari hingga 4 Mac 2025)
Tawaran Beli 10, Percuma 1 (terpakai untuk harga biasa sahaja)
Diskaun eksklusif 10% untuk ahli Club Marriott, pemegang kad Maybank, dan tetamu hotel


Tempahan dan Maklumat Lanjut

Untuk membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi atau WhatsApp di talian +60 10-760 0200 / +60 3-2777 7777, atau emel ke fnb.fairfieldkl@fairfieldinn.com.

Nota:
Bayaran penuh diperlukan untuk mengesahkan tempahan dan tidak akan dikembalikan.
Tempahan digalakkan dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh berbuka puasa.

Jom sertai bufet Ramadan "Jom Iftar!" di Lesung, Fairfield by Marriott Kuala Lumpur Chow Kit untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang sukar untuk dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan tercinta.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!