SIME MOTORS PERKENALKAN EV NEXT, PAKAR EV TERPAKAI
Syarikat automotif terkemuka Sime Motors telah memperkenalkan EV NEXT, pengedar kenderaan elektrik (EV) terpakai yang pertama di Malaysia. Dengan matlamat untuk menjadi pembekal EV terkemuka di rantau ini, EV NEXT menawarkan pelbagai pilihan EV terpakai kepada pelanggan dengan nilai tukar beli yang menarik.
Andrew Basham, Pengarah Urusan Sime Motors, berkata, “Permintaan terhadap kenderaan elektrik kian meningkat di Malaysia, mencerminkan populariti peralihan ke arah pengangkutan yang lestari. Kami berbangga untuk memperkenalkan pengedar EV terpakai yang sulung di Malaysia bagi memenuhi keperluan gaya hidup yang pelbagai. Tekad kami untuk mendorong peralihan masa depan yang lebih hijau memastikan kami membekalkan produk dan penyelesaian terbaik kepada pelanggan di seluruh rantau.”
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors, berkata, “Berbekalkan kepakaran kami yang luas dalam industri automotif, EV NEXT sedia menjadi pusat sehenti bagi semua EV terpakai, dari jualan runcit kenderaan kepada tukar beli dan perkhidmatan selepas jualan. Kami menyedari permintaan bagi EV terpakai dalam keadaan baik semakin meningkat di pasaran dan kami yakin dapat membekalkan produk-produk yang berkualiti kepada pelanggan kami. Perkhidmatan serba lengkap kami menjamin ketenangan fikiran pelanggan sepanjang pengalaman pemilikan EV mereka. Dalam pada itu, kami ingin membina keyakinan, kebolehpercayaan dan keyakinan dalam kalangan pelanggan di setiap peringkat pengalaman pemilikan EV.”
Portfolio EV NEXT menyediakan pelbagai pilihan jenama EV termasuk BYD, BMW, MINI, Hyundai, Jaguar, Porsche dan Volvo. Sebagai sebuah pusat perkhidmatan yang menyeluruh, EV NEXT menawarkan pengalaman yang menyenangkan, daripada pemilihan EV hingga perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan komprehensif. Pasukan pakar Sime Motors bertekad untuk menyediakan tahap kualiti, kepakaran dan perkhidmatan pelanggan yang tinggi.
Sebuah rangkaian selepas jualan di bawah Sime Motors yang dinamakan Drivecare turut menyokong EV NEXT untuk memastikan pemilik EV menikmati ketenangan fikiran sepenuhnya. Sama ada pemilik EV kali pertama atau sedia ada, EV NEXT ialah destinasi pilihan bagi semua keperluan EV. Dilengkapi dengan teknologi dan peralatan terkini, juruteknik bertauliah dan berkemahiran di Sime Motors memastikan kenderaan, termasuk baterinya, kekal dalam keadaan terbaik untuk penggunaan di jalan raya.
Bagi pelanggan yang ingin menukar beli EV atau membeli EV terpakai, sila kunjungi bilik-bilik pameran EV NEXT di Glenmarie, Chan Sow Lin, dan TREC. EV NEXT akan diperluas ke seluruh negara dengan lokasi baharu di Pulau Pinang, Tebrau dan Johor Bahru. Kunjungi laman web di https://evnext.my/ untuk maklumat lebih lanjut atau jadualkan janji temu hari ini.
Comments
Post a Comment