AGODA: KUALA TERENGGANU ADALAH DESTINASI PALING MURAH DI MALAYSIA UNTUK PERCUTIAN APRIL-MEI
Platform pelancongan digital Agoda telah mengumumkan senarai destinasi dengan harga paling murah untuk percutian pada bulan April dan Mei 2025. Dari pantai yang mendamaikan hingga ke bandar yang sarat dengan aktiviti, senarai ini membantu pelancong yang bijak berbelanja untuk menikmati percutian tanpa perlu merasa risau tentang kos yang tinggi.
Phong Nha di Vietnam muncul sebagai juara dengan purata harga bilik serendah RM124 semalam*, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang inginkan pengembaraan dan keindahan semula jadi. Selain Phong Nha, Tirupati di India dan Hat Yai di Thailand turut tersenarai di tiga kedudukan teratas, dengan purata harga bilik masing-masing RM150 dan RM177 semalam. Destinasi-destinasi ini menawarkan gabungan unik pengalaman budaya, kulinari, dan pemandangan yang memukau, sesuai untuk percutian yang tidak dapat dilupakan.
Di Malaysia, Kuala Terengganu muncul sebagai destinasi paling berpatutan untuk tempoh perjalanan akan datang, dengan kadar bilik purata RM213 semalam. Pertama kali tersenarai dalam kedudukan ini, bandar tepi pantai ini berjaya memintas Kuching, yang sebelum ini memegang gelaran tersebut bagi April-Mei 2024 dan musim cuti hujung tahun.
Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda untuk Malaysia dan Brunei, berkata, “April dan Mei merupakan musim puncak bagi pelancongan di Asia, dengan cuti umum seperti Hari Raya Aidilfitri di Malaysia, Minggu Emas di Jepun, dan Songkran di Thailand yang meningkatkan permintaan. Namun, pelancong tidak perlu bimbang kerana Agoda menawarkan pelbagai pilihan penginapan, penerbangan, dan aktiviti dengan nilai yang hebat. Senarai destinasi berpatutan ini membuktikan bahawa percutian mesra bajet masih boleh dinikmati, walaupun pada musim yang paling sibuk.”
Senarai Destinasi Musim Bunga Paling Murah ini disusun berdasarkan purata harga bilik di dua puluh destinasi popular di sembilan pasaran Asia untuk membantu para pelancong memilih destinasi yang sesuai dengan bajet mereka.
Phong Nha, Vietnam (RM124)
Terkenal dengan gua-gua yang menakjubkan dan landskap yang indah, Phong Nha adalah sebuah syurga bagi pencinta alam semula jadi. Pelawat boleh menerokai Taman Negara Phong Nha-Ke Bang yang diiktiraf oleh UNESCO dan mempunyai beberapa gua terbesar di dunia, atau menikmati perjalanan bot yang tenang di sepanjang Sungai Son. Kawasan ini juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti mendaki, berbasikal, dan juga mendekati budaya tempatan.
Tirupati, India (RM151)
Tirupati terkenal dengan Kuil Venkateswara, salah sebuah tapak agama Hindu yang paling kerap dilawati di dunia. Pelawat juga boleh merasai Tirupati laddu, sejenis manisan unik yang bukan sahaja lazat, tetapi juga sarat dengan nilai budaya dan keagamaan. Selain tarikan keagamaannya, bandar ini menawarkan pengalaman budaya yang kaya dengan festival meriah, muzik tradisional, dan hidangan India Selatan yang lazat. Pelawat juga boleh menerokai tarikan yang berhampiran seperti Air Terjun Talakona, Taman Negara Sri Venkateswara, dan Kubu Chandragiri.
Hat Yai, Thailand (RM177)
Hat Yai, yang pernah menduduki tempat teratas dalam senarai Destinasi Krismas Paling Murah Agoda, terus mengekalkan popularitinya semasa musim perayaan di Thailand, termasuk Songkran dan cuti lain. Dikenali dengan pasar dan makanan jalanannya yang lazat, Hat Yai juga menjadi pintu masuk ke pantai dan pulau-pulau berhampiran, menjadikannya sebuah destinasi musim bunga yang hebat.
Padang, Indonesia (RM177)
Dikenali dengan warisan kulinari, Padang adalah sebuah syurga untuk penggemar makanan, menawarkan hidangan ikonik seperti Rendang dan Sate Padang. Pelawat boleh menikmati keindahan pantai di Pantai Air Manis atau berkunjung ke Kepulauan Mentawai untuk aktiviti meluncur ombak dan snorkeling. Warisan sejarah yang kaya dan pelbagai mercu tanda budaya menambahkan lagi tarikan Padang sebagai destinasi pelancongan.
Bacolod, Filipina (RM204)
Dikenali sebagai "City of Smiles atau Kota Senyuman," Bacolod terkenal dengan kemesraan warga tempatan dan juga gaya hidup yang santai. Pelawat boleh menerokai mercu tanda seperti The Ruins, sebuah rumah agam yang dibina pada awal 1900-an, atau menikmati hidangan tempatan yang lazat seperti ayam inasal. Warga tempatan yang ramah dan festival yang meriah menjadikan Bacolod sebuah destinasi musim bunga yang memikat hati.
Kuala Terengganu, Malaysia (RM213)
Permata pesisir pantai ini terkenal dengan pantai indah, kraftangan tradisional, dan pasar yang meriah. Pelawat boleh melawat Masjid Kristal yang ikonik atau menaiki bot ke Pulau Redang yang berhampiran untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. Warisan budaya yang kaya termasuk tradisi membuat batik menjanjikan satu pengalaman unik bagi pelancong.
Gimpo, Korea Selatan (RM293)
Terletak berhampiran Seoul, Gimpo menampilkan suasana yang lebih tenang dengan taman yang indah dan tapak budaya yang menarik. Pelawat boleh mengunjungi Muzium Penerbangan Nasional atau Taman Arca Gimpo. Pemandangan semula jadi yang indah di Gunung Munsu dan Sungai Han menjadikannya sebuah destinasi musim bunga yang ideal untuk menikmati keindahan bunga ceri yang mekar.
Narita, Jepun (RM315)
Bukan sekadar menjadi bandar lapangan terbang untuk Tokyo, Narita juga adalah sebuah bandar menawan dengan rumah berhala bersejarah serta taman yang indah. Pelawat boleh melawat Rumah Berhala Naritasan Shinshoji yang berusia lebih 100 tahun dan dikelilingi suasana yang damai. Pelawat yang tiba di musim bunga boleh menikmati pemandangan indah bunga sakura di Taman Naritasan dan juga menjamu selera dengan hidangan tempatan seperti unagi (belut bakar).
Pingtung, Taiwan (RM351)
Pingtung adalah pintu masuk ke selatan Taiwan yang terkenal dengan keindahan pantai, pasar malam, dan budaya yang kaya. Pelawat boleh menerokai Taman Negara Kenting yang menawarkan pemandangan persisiran pantai yang indah dan juga pelbagai aktiviti luar. Hidangan tempatan dengan cita rasa Taiwan yang unik boleh didapati di pasar di sini.
Untuk memudahkan anda merancang percutian musim bunga ini, Agoda menyediakan lebih 5 juta tempat penginapan percutian, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti liburan. Lawati Agoda.com/deals atau muat turun aplikasi Agoda untuk mendapatkan tawaran terbaik.
Comments
Post a Comment