ALLIANZ LIFE CHANGERS MERAIKAN GRADUASI PERTAMA DI INSEAD KAMPUS ASIA


Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) dengan bangganya meraikan majlis graduasi Allianz Life Changers dari Program Kecemerlangan Allianz Pinnacle yang berprestij di INSEAD Kampus Asia di Singapura. Pencapaian ini menekankan komitmen syarikat untuk menghasilkan pemimpin masa depan dalam industri insurans.

Acara berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 Februari itu menyaksikan seramai 203 orang ejen berprestasi tinggi dari seluruh rantau Asia Pasifik menyempurnakan program itu, dengan Malaysia menyumbang jumlah graduan tertinggi iaitu 95, diikuti Thailand (29), Taiwan (25), Indonesia (24), China (15), Filipina (10) dan Sri Lanka (5).

Program tersebut – yang bermula pada September 2024 – menunjukkan dedikasi Allianz Life terhadap pembangunan dan kecemerlangan kepimpinan ejen. Penyertaan ditentukan melalui proses pemilihan yang ketat yang terikat dengan Allianz C.E.O. Programme. Calon layak di bawah tiga kategori: pengeluar jualan peribadi, perekrut dan pengurus agensi.

Direka bentuk sebagai pengalaman pembelajaran hibrid, program ini menggabungkan sesi secara bersemuka dan dalam talian untuk memaksimumkan impaknya. Peserta terlibat dalam empat modul utama termasuk Komunikasi & Pujukan, Psikologi Pelanggan, Pengurusan Diri dan Minda & Strategi Keusahawanan.

Ketua Pegawai Jualan Allianz Life, Raymond Cheah berkata, “Program Kecemerlangan Allianz Pinnacle di INSEAD telah memainkan peranan penting dalam melengkapkan ejen kami dengan kemahiran bertaraf dunia dalam prestasi jualan, kepimpinan dan perkhidmatan pelanggan. Dengan melabur dalam pembelajaran dan pembangunan berterusan, kami memperkasakan ejen kami untuk memacu inovasi dan memberikan nilai luar biasa kepada pelanggan.”

Kerjasama ini menjadikan Allianz Life sebagai syarikat insurans pertama yang bekerjasama dengan sekolah perniagaan yang terkenal di peringkat global, mengukuhkan strateginya untuk menarik dan membangunkan ejen peringkat atasan yang dilengkapi dengan kepintaran perniagaan bertaraf dunia.

Digalakkan dengan kejayaan kumpulan ini, Allianz Life merancang untuk melancarkan kumpulan kedua, dengan kriteria kelayakan akan diumumkan tidak lama lagi. Inisiatif ini mengukuhkan lagi komitmen Allianz Life untuk memupuk generasi baharu peneraju dalam industri insurans.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!