RESORTS WORLD GENTING MERAIKAN ULANG TAHUN KE-60 DENGAN PELANCARAN GEMILANG GENTING CULINARY CLASSIC 2025 DAN PROGRAM TOURIST PRIVILEGE


Resorts World Genting (RWG) kini meraikan ulang tahun ke-60 mereka, atau dikenali juga sebagai Jubli Intan, dengan pengumuman yang amat mengujakan! Memperkenalkan Genting Culinary Classic 2025, sebuah pertandingan kulinari baharu yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Jun 2025 di Genting International Showroom (GISR). Bukan itu sahaja, RWG juga memperkenalkan Program Tourist Privilege, satu inisiatif khas yang direka untuk memberikan pelbagai manfaat eksklusif kepada pelancong antarabangsa, sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.

Majlis pelancaran inisiatif ini diadakan dalam satu sidang media di Resorts World Awana pada 14 Mac 2025. Majlis tersebut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Encik Ahmad Husni Ahmad Basri, Timbalan Pengarah, Unit Kebudayaan dan Warisan; Jennifer Ong, Pengasas merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan HAPA; Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG; serta Peter Foster, Naib Presiden Eksekutif Awana.


Spencer Lee berkongsi keterujaannya dengan inisiatif ini, katanya, “Sebagai sebahagian daripada sambutan Jubli Intan pada tahun ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Genting Culinary Classic 2025 dan Program Tourist Privilege, yang selaras dengan komitmen kami dalam memartabatkan industri hospitaliti dan pelancongan Malaysia. Sokongan padu daripada Tourism Malaysia amat penting dalam merealisasikannya. Kerjasama ini mengukuhkan visi bersama kami untuk menjadikan Malaysia dan RWG sebagai destinasi utama bagi kecemerlangan kulinari serta pengalaman pelancongan bertaraf dunia.”

Kerjasama Strategik Genting Culinary Classic 2025 dan HAPA

Genting Culinary Classic 2025 edisi sulung akan berlangsung dengan tema masakan Malaysia sebagai teras utama, dalam usaha untuk memelihara warisan kulinari Malaysia yang kaya serta menginspirasi generasi baharu dalam dunia gastronomi.

Lebih daripada sekadar pertandingan, acara ini berfungsi sebagai platform berprestij untuk mengetengahkan bakat tersembunyi dari dapur rumah, bintang baharu dari restoran, penggemar kulinari, serta profesional industri. Ia memberi peluang kepada mereka untuk mempersembahkan kemahiran, kreativiti, dan dedikasi dalam meraikan keunikan masakan Malaysia.


Untuk memastikan piawaian pelaksanaan dan profesionalisme yang tertinggi, RWG bekerjasama dengan Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA) sebagai penganjur rasmi. Dengan kepakaran HAPA dalam menganjurkan acara bertaraf dunia serta sokongan padu daripada Tourism Malaysia, acara tahunan ini dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi kulinari global. Selain membuka peluang kerjaya yang bernilai kepada para chef, ia juga merangsang kolaborasi dan inovasi dalam industri hospitaliti.

Pertandingan ini terbuka kepada semua, dengan borang pendaftaran dalam talian yang boleh diakses di rwgenting.com. Daripada jumlah penyertaan yang diterima, seramai 20 finalis chef akan dipilih berdasarkan kualiti, inovasi, dan kreativiti mereka untuk bersaing di peringkat akhir.

Pertandingan ini akan dinilai oleh panel juri berprestij yang terdiri daripada lima pakar kulinari ternama, termasuk chef selebriti dan pengkritik makanan tersohor, sekali gus menjanjikan pentas persaingan yang dinamik serta sarat dengan inovasi dan kreativiti.

Lima pemenang utama akan membawa pulang gelaran berprestij serta hadiah wang tunai, dengan Juara Kebangsaan menerima hadiah utama berjumlah RM25,000. Malah, pemenang juga mendapat peluang eksklusif untuk menampilkan hidangan kemenangan di rangkaian restoran bertaraf dunia di RWG – suatu peluang sekali seumur hidup untuk meninggalkan legasi dalam arena kulinari Malaysia.


Nikmati Keistimewaan Eksklusif dengan Program Tourist Privilege

Bagi menyokong inisiatif Tahun Melawat Malaysia 2026 oleh Tourism Malaysia, RWG memperkenalkan Program Tourist Privilege, yang menawarkan pelbagai manfaat eksklusif kepada pelancong antarabangsa dari sekarang hingga 31 Disember 2025.

Dengan hanya menunjukkan pasport antarabangsa yang sah di Kaunter Info, terletak di Aras 1 SkyAvenue (bersebelahan Dragon-i), dari jam 10 pagi hingga 10 malam, pelancong akan menerima Kit Istimewa Program Tourist Privilege, sekali gus memberikan akses kepada pelbagai hadiah eksklusif serta tawaran diskaun dan promosi istimewa.

Jumlah kit yang terhad setiap hari menjadikan program eksklusif ini beroperasi berdasarkan prinsip “siapa cepat, dia dapat”, memastikan pengalaman premium bagi mereka yang merebut peluang ini.

Untuk menyertai pelbagai acara dan menikmati pengalaman eksklusif yang menarik, layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO DAN SUN NXT BEKERJASAMA BAWAKAN HIBURAN INDIA TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

BERMULANYA ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’ : KELUANG MAN MENGAKTIFKAN PENGALAMAN PERTAMA SUPERHERO MALAYSIA MELANGKAUI LAYAR