LEBARAN BERSAMA: PERJALANAN MENEROKA WARISAN DAN KEGEMBIRAAN DI IOI MALLS MUSIM RAYA INI

IOI City Mall, Putrajaya

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, IOI Malls mengalu-alukan kehadiran semua untuk menyambut "Lebaran Bersama," sebuah perayaan yang penuh tradisi dan kemeriahan. Bermula sekarang hingga 13 April 2025, IOI City Mall, IOI Mall Puchong, IOI Mall Damansara, dan IOI Mall Kulai akan diserikan dengan paparan warisan budaya yang menampilkan kehalusan seni, persembahan yang mempesonakan, serta kehangatan momen yang dikongsi bersama.


"Setiap tahun, IOI Malls sentiasa meraikan semangat Ramadan dan Hari Raya, dan pada tahun 2025 ini, kami ingin membawa pengalaman ini ke tahap yang lebih tinggi dengan memberi tumpuan yang lebih mendalam terhadap tradisi dan warisan budaya kita. Daripada hiasan perayaan yang direka dengan teliti kepada pelbagai aktiviti yang menarik, kempen 'Lebaran Bersama' adalah satu pengalaman untuk semua peringkat umur berkumpul dan menikmati kemeriahan, perpaduan, serta kekayaan budaya yang menjadi teras sambutan Hari Raya," kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan Hartanah (Malaysia), IOI Properties.

IOI Mall Puchong

Keindahan Warisan Tradisional di IOI Malls

Tahun ini, IOI Malls mengambil pendekatan yang lebih tradisional dalam hiasan Raya, dengan menggabungkan reka bentuk yang diilhamkan oleh seni Islam yang halus serta motif klasik untuk membawa para pengunjung ke dunia warisan budaya kita yang indah.

Di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong, pengunjung akan disajikan dengan paparan corak geometri tradisional yang diperkaya dengan elemen Batik Selangor dan Bunga Tanjung, menghasilkan latar belakang memukau bagi meraikan Hari Raya dengan penuh keindahan. Sementara itu, IOI Mall Kulai menampilkan gabungan harmoni antara kesenian Islam dan elemen tradisional Malaysia untuk membangkitkan rasa nostalgia dan kebanggaan dalam suasana perayaan.

IOI Mall Kulai

Persembahan dan Pengalaman Budaya yang Memikat Hati

Selain keindahan visual, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai persembahan "Riang Raya”, termasuk tarian tradisional, persembahan muzik, dan aktiviti budaya interaktif yang menyemarakkan lagi semangat Hari Raya. Setiap IOI Mall menampilkan persembahan unik yang menonjolkan kepelbagaian warisan Malaysia, menjanjikan pengalaman yang mengasyikkan untuk semua. Pastikan anda melayari laman web setiap pusat beli-belah tersebut untuk mendapatkan jadual waktu persembahan!

IOI City Mall: Saksikan persembahan gabungan tradisional dan kontemporari yang memukau. Antara sorotan utama termasuk Balle Balle, sebuah ensembel enam pemuzik pimpinan Isnain Abd Rahim yang menggabungkan lagu-lagu Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris dengan irama perkusi yang unik. Persembahan lain termasuk Tarian Lilin, Dikir Rebana, Wayang Kulit, Dondang Sayang, Zapin, Tumbuk Kalang, dan Gamelan serta Joget Gamelan yang meraikan warisan budaya Malaysia.

Lebih istimewa, sambutan Hari Raya di IOI City Mall turut menghadirkan Pertandingan Pertunjukan Fesyen Babyshop serta kemunculan selebriti Spritzer, termasuk Dato' Jalaluddin Hassan, Naim Danial, dan Zara Zya. Peminat fesyen pasti teruja dengan koleksi Raya istimewa daripada Rizman Ruzaini, yang akan menampilkan ikon selebriti Hael Husaini dan Aina Abdul. Menambahkan lagi kemeriahan, BONIA akan mempersembahkan “BONIA Raya 2025: Raya in Bloom” yang menampilkan artis antarabangsa Yuna, meraikan kebersamaan, kreativiti, dan budaya sempena musim perayaan ini.

IOI Mall Puchong: Nikmati pelbagai persembahan tarian dan muzik tradisional Malaysia, termasuk Tarian Raya, kumpulan muzik dua pemuzik instrumental, Tumbuk Kalang, Tarian Joget, persembahan Gambus & Akordion, serta Joget Gamelan, yang memeriahkan lagi suasana perayaan di IOI Mall Puchong.

IOI Mall Kulai: Hayati kepelbagaian warisan budaya Malaysia dengan persembahan yang memukau, termasuk Tarian NEGO dan Dikir Barat dari Kelantan, Tarian Dabus dari Perak, dan Ceracap Inai dari Johor. Sorotan lain termasuk persembahan Angklung dan Tarian Piring, yang mana setiap persembahan memberi penghormatan kepada tradisi Malaysia.


Aktiviti Kreatif untuk Seisi Keluarga

Ahli IOI Kids Club dijemput untuk meraikan Hari Raya dengan penuh kreativiti melalui pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh IOI Malls.

Di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong, kanak-kanak boleh menyertai pelbagai aktiviti kraf perayaan, termasuk mencipta kad ucapan peribadi berhias ketupat felt, mengukir dan mewarnai rantai kunci mini ketupat yang comel, serta membina hiasan 3D Hari Raya. Mereka juga boleh menjahit plushie ketupat felt, mengecat dulang hidangan bermotifkan corak tradisional Raya, serta menghias balang biskut tanah liat. Lebih menarik, mereka turut berpeluang untuk membuat dan menghias wau tradisional Malaysia! Ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan untuk meraikan tradisi Raya.

Di IOI Mall Kulai, si kecil boleh menikmati aktiviti seni dan permainan interaktif, seperti menghasilkan corak Batik berwarna-warni menggunakan pewarna dan lilin, atau mencipta wau unik mereka sendiri. Mereka juga boleh bermain permainan tradisional Malaysia seperti Colek Lidi, 7 Selipar, Batu Seremban, Ceper, dan Ketingting! IOI Mall Kulai turut menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk serta pengagihannya pada 22 Mac bermula jam 11 pagi, di pintu belakang pusat beli-belah tersebut. Ini merupakan gabungan ekspresi kreatif dan keseronokan interaktif untuk seisi keluarga.


Ganjaran Istimewa Sempena Hari Raya

Nikmati ganjaran eksklusif Hari Raya di IOI Malls! Para pengunjung dijemput untuk mengunjungi Kaunter Maklumat bagi mengetahui pelbagai hadiah perayaan edisi terhad* yang boleh ditebus, menjadikan pengalaman membeli-belah anda lebih bermakna.

Tahap 1: Sampul Raya dan pilihan Beg Lipat atau 1,000 Mata Ganjaran Club IOI
● Belanja RM300 (RM250 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI City Mall, IOI Mall Puchong).
● Belanja RM105 (RM98 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI Mall Kulai).

Tahap 2: IOI Raya Plushie Charm Blind Box
● Belanja RM800 (RM650 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI City Mall, IOI Mall Puchong).
● Belanja RM150 (RM130 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI Mall Kulai).

Tahap 3: Periuk Seramik
● Belanja RM1,200 (RM1,000 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI City Mall, IOI Mall Puchong).
● Belanja RM380 (RM330 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI Mall Kulai).

Tahap 4: Beg Anyaman Eksklusif
● Belanja RM3,500 (RM3,000 untuk Pemegang Kad Kredit AEON) (IOI City Mall, IOI Mall Puchong).


Lebih Banyak Ganjaran Raya di IOI City Mall & IOI Mall Puchong!

Nikmati peluang untuk memenangi baucar beli-belah eksklusif daripada jenama terkenal seperti Poh Kong, Bliss, MyBallerine, Polo Haus, Sometime by Asian Designers, dan banyak lagi! Hanya berbelanja RM100 dalam satu resit untuk merebut hadiah-hadiah menarik ini. Selain itu, jangan lupa menebus kurma percuma untuk berbuka puasa di Kaunter Maklumat dari jam 5 petang hingga 7:30 malam. Penebusan tersedia selagi stok masih ada!

Eksklusif untuk pengunjung IOI Mall Puchong, setiap penebusan membolehkan anda menikmati dua sesi menaiki kereta api percuma—sempurna untuk mencipta kenangan indah bersama si kecil! Sementara itu, pembeli dengan jumlah perbelanjaan tertinggi di IOI City Mall berpeluang membawa pulang loket berlian emas putih dan emas ros 18k bertatahkan 65 butir berlian asli, bernilai RM5,515, daripada Diamond & Platinum.


Raya Bersama Ejen Ali di IOI Mall Damansara

IOI Mall Damansara memberikan sentuhan moden yang penuh aksi kepada sambutan Hari Raya tahun ini, menjadikannya satu pengembaraan yang mendebarkan. Rasai kemeriahan Raya Bersama Ejen Ali di IOI Mall Damansara!

Sertai kami dalam sambutan perayaan yang unik ini, di mana anak-anak berpeluang bertemu dengan watak kegemaran mereka, Ejen Ali dan Ejen Alicia, dalam penampilan khas dari jam 3 petang hingga 4:30 petang pada 31 Mac, serta 1, 4, 5, dan 6 April.

Namun, keseronokan tidak terhenti di situ! Nikmati pengalaman membeli-belah dan hiburan yang menyeronokkan, serta rebut peluang untuk mendapatkan ganjaran eksklusif bertemakan Ejen Ali:

● Tahap 1: Belanja RM200 dalam satu resit dan pilih antara sampul Raya eksklusif atau 1,000 Mata Ganjaran Club IOI.
● Tahap 2: Belanja RM500 dalam dua resit terkumpul dan tebus Beg Lipat Ejen Ali yang bergaya.
● Tahap 3: Belanja RM900 dalam dua resit terkumpul dan bawa pulang Bekas Minuman Kaca Ejen Ali.

Selain sesi bertemu mesra yang mengujakan, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai persembahan tradisional seperti Wayang Kulit, Zapin, Tarian Tradisional, Gamelan, dan Tumbuk Kalang, yang menyemarakkan semangat Hari Raya melalui alunan muzik dan juga gerakan tarian. Bagi mereka yang gemar aktiviti kreatif, bengkel bertemakan Raya khas untuk ahli IOI Kids Club akan memberi peluang kepada si cilik untuk menyerlahkan bakat seni mereka menerusi aktiviti menarik seperti membuat Wau, menghias balang biskut tanah liat, melukis kotak perhiasan Raya, mewarna dulang hidangan, menghasilkan sampul duit Raya felt, mencipta ketupat felt, serta membina hiasan Raya 3D.


Sambutan Hari Raya yang Meriah untuk Semua di IOI Malls!

Hari Raya ini, IOI Malls mengalu-alukan anda untuk berkongsi kegembiraan melalui tradisi dan budaya yang diwarisi. Sama ada anda datang untuk membeli-belah atau sekadar menikmati suasana kemeriahan Hari Raya, IOI City Mall, IOI Mall Puchong, IOI Mall Damansara, dan IOI Mall Kulai menjanjikan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan perayaan di IOI Malls, sila layari:

IOI City Mall Putrajaya: https://www.ioicitymall.com.my/
IOI Mall Puchong: https://www.ioimp.com.my/




Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!