SCOTT MEMPERKENALKAN GERAKAN "KALORI KURANG, RAYA LEBIH RIANG" UNTUK KENIKMATAN YANG LEBIH SIHAT



Warga Malaysia yang mengutamakan kesihatan kini boleh mengurangkan sehingga 127 kalori ketika menikmati hidangan kegemaran mereka sempena Hari Raya seperti keropok lekor, ayam goreng berempah, dan pisang goreng - dengan menyerap lebihan minyak pada makanan dengan menggunakan hanya sehelai tisu Scott Calorie Absorb Towel.

Tahun ini, Scott membawa perspektif baharu kepada juadah berbuka puasa dan perayaan Hari Raya melalui kempen "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang." Kempen ini menampilkan bagaimana satu barangan keperluan rumah – Scott Calorie Absorb Towel – boleh menggabungkan tradisi dengan kesedaran mengenai kesihatan, serta membolehkan warga Malaysia menikmati makanan secara lebih sihat tanpa menjejaskan keenakan rasanya.

Kempen ini bertujuan untuk menangani peningkatan kadar obesiti di peringkat global, yang mana Malaysia menghadapi cabaran kritikal sebagai sebuah negara dengan peratusan tertinggi penduduk dewasanya yang berlebihan berat badan atau obes di Asia Tenggara. Keprihatinan kesihatan yang semakin meningkat ini menunjukkan bahawa kita memerlukan penyelesaian yang mudah diakses serta praktikal bagi membantu memupuk amalan pemakanan yang lebih sihat. Ini merupakan misi jangka panjang yang akan diterapkan oleh Scott bermula pada bulan Ramadan ini.


Sehubungan itu, Scott telah mengenal pasti bazar Ramadan sebagai platform untuk menunjukkan bagaimana satu pengubahsuaian kecil dalam penyediaan dan kenikmatan makanan boleh memberikan impak yang besar. “Di Scott, kami memahami kepentingan tradisi, kemeriahan, serta rasa cinta warga Malaysia terhadap makanan, termasuk peranan penting bazar Ramadan dalam budaya dan tradisi kulinari kita,” kata Yap Li Vern, Pengurus Pemasaran Scott. “Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan peniaga bazar untuk menunjukkan bagaimana satu langkah mudah dengan menggunakan hanya sehelai Scott Calorie Absorb Towel dapat menyerap lebih daripada satu sudu teh minyak berlebihan pada makanan sebelum dinikmati. Sememangnya, ia penting untuk amalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang, tetapi yang penting di sini ialah bagaimana Scott menawarkan penyelesaian yang praktikal untuk gaya hidup serta tabiat pemakanan sedia ada orang ramai.”

Nor Syafiqah Zainal, Pakar Diet Klinikal di Avisena Women and Children’s Specialist Hospital, menegaskan bahawa berbuka puasa dengan makanan berlemak tinggi atau berminyak boleh menyebabkan masalah pencernaan. “Walaupun orang ramai cenderung untuk kurangkan makanan semasa Ramadan, pertambahan berat badan masih boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai makanan lazat yang tersedia di bazar Ramadan atau majlis berbuka puasa, seperti murtabak, kuih-muih, atau bubur lambuk, yang secara purata boleh mencecah sekitar 700 kalori. Ketika berpuasa, badan memperlahankan metabolisme untuk menjimatkan tenaga, menjadikannya lebih mudah menyimpan kalori berlebihan sebagai lemak. Namun, ini tidak bermakna seseorang perlu mengabaikan makanan tradisional. Dengan membuat perubahan kecil – seperti mengurangkan pengunaan minyak – warga Malaysia masih boleh mengekalkan warisan kulinari mereka sambil mengutamakan kesihatan. Seperti mana-mana perubahan gaya hidup, keseimbangan adalah kunci, bukan berpantang sepenuhnya. Pelarasan mudah, seperti menggunakan tisu dapur, boleh menyerap sehingga enam sudu teh minyak dari satu hidangan penuh.”

Kempen "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" oleh Scott akan dilancarkan di bazar Ramadan utama sekitar Lembah Klang pada bulan Mac ini. Peniaga yang terlibat akan menunjukkan bagaimana penggunaan Scott Calorie Absorb Towel dalam proses penyediaan makanan dapat mengurangkan lebihan minyak dan kalori tanpa menjejaskan keaslian rasa. Pengunjung juga berpeluang menikmati menu khas rendah minyak yang menawarkan alternatif yang lebih sihat kepada hidangan tradisional. Dengan semakin ramai memilih untuk memasak di rumah semasa Ramadan, Scott menjadi alat serbaguna yang ideal —bukan sahaja untuk menyediakan makanan yang lebih sihat, tetapi juga untuk memudahkan kerja pembersihan selepas berbuka puasa.

Setiap bazar juga akan menampilkan reruai Scott yang mana pengunjung boleh menyertai cabutan ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi barangan eksklusif Scott, termasuk Scott Calorie Absorb Towel, sampul duit Raya, beg tote, dan balang kuih. Pengunjung juga boleh bergambar bersama maskot Scott Kitchen Towel dan membawa pulang sampul duit Raya apabila berkongsi gambar mereka di media sosial dengan tanda pagar #KaloriKurangRayaLebihRiang.
Bagi mengukuhkan lagi gerakan gaya hidup sihat ini, Scott akan bekerjasama dengan lebih 10 pencipta kandungan untuk menghasilkan resipi sihat dan mudah sepanjang bulan Ramadan, sekali gus menonjolkan keupayaan Scott Calorie Absorb Towel dalam menyerap minyak secara efektif.

Lihat sendiri keberkesanannya! Raikan Ramadan dengan lebih sihat tahun ini dengan mengunjungi bazar Ramadan "Kalori Kurang, Raya Lebih Riang" oleh Scott di Bazaar Ramadan Stadium Shah Alam pada 6th sehingga 8th Mac 2025 dan Bazaar Ramadan USJ 4 pada 13th sehingga 15th Mac 2025 dan saksikan sendiri keajaiban Scott Calorie Absorb Towel.

Comments

Popular posts from this blog

BIASISWA SISWI SAFI MENYOKONG WANITA MALAYSIA MEMACU MASA DEPAN

4 TIPS BERGUNA UNTUK MELANCONG OLEH UNIVERSAL TRAVELLER

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!