COLGATE MENYERLAHKAN KECANTIKAN ORAL DENGAN PELANCARAN COLGATE OPTIC WHITE PURPLE SERUM
Colgate melancarkan Colgate Optic White Purple Serum pertamanya yang merevolusikan pemutihan gigi serta mengembangkan lagi rangkaian produk kecantikan oral jenama itu. Direka khas untuk meningkatkan pemutihan gigi, serum inovatif ini mencerahkan senyuman dengan membetulkan tona kuning dengan serta-merta menerusi formula berwarna ungu pekat bagi memudahkan rakyat Malaysia tampil dengan lebih yakin.
Dalam mengejar trend kecantikan dengan memilih produk untuk mencapai kulit dan rambut sempurna, adakalanya penggemar kecantikan pun terlepas pandang akan kekuatan senyuman cerah. Justeru, Colgate kini menonjolkan kecantikan oral kerana senyuman cerah dan bersinar juga kunci kepada penampilan yang lebih menawan. Serum ungu ini bakal menjadi produk kecantikan wajib milik untuk menyerlahkan senyuman cerah dan bersinar di mana jua, pada bila-bila masa.
Memperkenalkan Era Baharu Kecantikan Oral dengan Colgate Optic White Purple Serum
Colgate Optic White Purple Serum merupakan penambahan produk terbaharu dalam rangkaian kecantikan oral ungu Colgate, susulan pelancaran pada tahun lalu, Colgate Optic White Purple – ubat gigi pemutih serba ungu yang dirumus khas untuk membetulkan tona kuning dengan serta-merta2, dengan gabungan High Cleaning Silica dan Core Shell Silica bagi membantu menyingkirkan kesan kotoran pada permukaan gigi.
Setelah menerajui inovasi penjagaan oral selama beberapa dekad, kini, Colgate melangkah lebih jauh dengan mengilhamkan semula penjagaan oral sebagai rutin kecantikan. Anand Taparia, Pengarah Kanan Pemasaran, Hab ASEAN Selatan, Colgate-Palmolive berkata, “Kami di Colgate percaya senyuman yang cerah bersinar, sihat dan tulen berkuasa membangkitkan keyakinan diri. Pelancaran Colgate Optic White Purple Serum adalah bukti komitmen kami dalam merevolusikan kecantikan oral dengan menawarkan cara mudah untuk meningkatkan pemutihan gigi sebagai pelengkap rutin kecantikan moden.”
Produk Kecantikan Oral Wajib Milik
Rangkaian Colgate Optic White Purple diinspirasikan oleh teori warna untuk membetulkan tona kuning2 pada gigi dengan serta-merta. Kini, dengan Colgate Optic White Purple Serum baharu yang menampilkan warna ungu pekat, anda boleh menikmati pembetulan warna serta kuasa pemutihan unggul di mana jua, pada bila-bila masa.
Formula yang selamat untuk enamel menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian. Malahan, cara penggunaannya begitu mudah, anda hanya perlu Pump, Purple, Smile!
- Pump: Sapukan satu pam Colgate Optic White Purple Serum pada berus gigi.
- Purple: Berus gigi selama dua minit dan alami kuasa formula ungu bertindak.
- Smile: Serlahkan senyuman cerah bersinar dengan penuh keyakinan!
Colgate Optic White Purple Serum bukan pengganti ubat gigi, sebaliknya pelengkap untuk meningkatkan rutin kecantikan oral harian anda. Untuk mendapatkan kesan meningkatkan pemutihan terbaik, gunakannya bersama ubat gigi Colgate Optic White Purple. Reka bentuknya yang padat mudah dimuatkan ke dalam kit kecantikan anda untuk kemasan ‘touch up’ segera supaya lebih yakin dengan senyuman cerah bersinar — baik untuk temu janji, temuduga kerja, sambutan perayaan, ataupun sekadar ‘selfie’ yang sempurna.
Colgate Optic White Purple Serum kini boleh didapati di platform e-dagang Colgate Lazada, Shopee dan TikTok serta farmasi-farmasi seperti Caring, Guardian dan Watsons yang berhampiran. Tingkatkan rutin kecantikan oral anda dengan kuasa pemutihan gigi yang mudah dan serlahkan senyuman cerah bersinar bagai diri anda!
Untuk maklumat lanjut, layari halaman produk Colgate Optic White Purple Serum.
Comments
Post a Comment